“..kan kalau kita tegur tu tandanya kita sayang..kalau tak sayang, takdenye nak kisah ke, lantak la apepun..” emm lebih kurang camtu la dialog mama masa sembang dengan aku dalam keta on d way aku hantar mama gi sekolah khamis lepas (aku cuti sehari balik kampung untuk settlekan beberapa hal..giler letih..pagi khamis sampai kul 1a.m then petang kul 3p.m gerak balik..)
…
hemm lame aku tak travel naik bus balik Kg ni..seronok kadang saksikan panorama ‘Pudu’ yg sentiasa sesak penuh dgn ramai org…bila berhenti kat hentian pun mak aiii bus berderet beratur x pernah surut…kadang pelik gak aku..yer la kalau weekend tu normal la ramai tp bila weekdays still ramai gak org balik…hemmm ’siapa’ yer mereka yg travel time weekdays? ape cerita mereka yer? hehe..general sgt soalan…ahaksss…
…
dah tu part yg plg best bile dari Pudu nak gerak balik Shah Alam..macam2 ragam boleh saksikan sepanjang aku nak tiba ke LRT station tu..hehe…dulu rajin gak singgah Petaling Street tp sekarang ni xde la just lalu jer..biasa la kalau sorang aku jalan mengalahkan pelari rentas desa…hahahaa…macam2 perubahan jugak yg aku saksikan kalau dibandingkan masa aku lalu route tu start 7 tahun lalu..menarik..;D
alamak..nampak gaya macam aku nak imbas balik kenangan lama jer ni…hehehe…x kisah la apepun..aku tetap ingat semua hujan emas mahupun hujan batu dari zaman study sampai la dah keje…pengalaman yg seriau pd aku n buat aku fobia nak lalu jejantas lg sampai la sekarang..yup aku sanggup lintas jalan sesak dgn hati2 daripada meredah jejantas2 tu…
…
aku x kisah kalau mereka berserakan mengharapkan ada tangan2 yg sudi memberatkan ‘kole’2 @ tabung mereka atau himpunan kedap jari-jemari mereka..tolak tepi sama ada mereka ‘benar’ atau ‘plastik’ dengan tiap gerak-geri..tolak tepi sama ada mereka pentaskan drama ‘kisah benar’ atau hanya ‘lakonan semata-mata’..point di sini..kalau kamu nak memberi maka beri saja, kalau kamu tidak mahu memberi maka pedulikan saja..heyyy..kamu tak percaya pada kekuasaan Allah ke?? Pahala itu dijanjikan pada siapa dan Dosa itu dijanjikan pada siapa?? Syurga itu untuk siapa dan Neraka itu untuk siapa??
…
aku tahu aku bukan terlalu bagus or terlalu baik or wateva…cumanya aku fikir siapa kita untuk menghukum?? kita tak tahu ape ‘KISAH’ sebenar mereka..kita tak pernah tahu ape di balik tabir mereka..mungkin juga kita tak tahu ape penderitaan mereka..yaaa aku tahu kalau mereka masih cukup sifat sepatutnya mereka masih mampu berusaha dengan cara lain yg ada untuk peroleh rezeki seharian…sedangkan kita lihat yg x cukup sifat pun masih mampu berjaya dan punya pendapatan dgn cara yg lebih kukuh..yaaaa mmg betul aku setuju…tentu kamu kata yg lain2 itu hanya mencari jalan mudah untuk mengisi perut kan..?..aku x nafikan juga….
(kadang hati kecik aku kata ‘kadang kita ni cakap,senang la..cuba kena kat diri sendiri, silap2 langsung tak nak keluar rumah..’..)
…
aku tak perlu pergi jauh..aku ade contoh yg dekat sbb tu aku rasa kita yg sempurna kejadian dan kehidupan patut syukur sangat2...tak perlu la ‘mengata’ mereka atau membayangkan contoh ’silap2 umah dia lg besar dr kt, sehari blh dpt berape tu kan..’… (aku tak nafikan mungkin aku pun pernah cakap camtu dulu..) ..beb, nasib manusia ni tenggelam timbul tau…mane kita nak tahu bila kita kat atas bila kita kat bawah..sume tu kita x dapat jangka…mungkin kita mewah sekarang tapi bencana datang bukan boleh di’scan’ awal2… please jangan buat aku menangis…ingat ‘kata2′ yg keluar dari mulut boleh setajam mata pisau...(aku tetap ingatkan diri sendiri jugak)..
….
balik pd cerita jejantas tadi…yg aku fobia bila lelaki itu mengejar dgn berbekalkan cerita yg tidak logik pd pengiraan logika aku..dr hujg tangga sampai ke hujung anak tangga yg lain…x seriau namenye tu?..bila aku tak bagi siap maki hamun aku dgn kata2 kesat (nope bukan aku xnak bagi tapi masa tu memang aku hanya ada rm10 dlm tangan..mane mampu nak berikan dia wang utk ‘kerosakan’ yg dia ceritakan..)..yaa kalau aku punya lebih masa tu tentu aku bagi barang sekeping dua..
…
sama kes di mana aku baru beredar dari kotak parking dan bergegas ke satu tempat di p.j, datang seorang wanita juga berbekalkan cerita yg pd pengiraan aku tak tentu lagi logikanya..tapi tanpa malas nak mengulas, aku just bagi dia barang secupak lebih yg aku ada masa tu..kalau dia gunakan utk keperluan yg dia katakan maka halal la dan kalau sebaliknya pun masih tetap aku halalkan..sebabnya takkan korang sanggup membebankan lagi tarikan nyawa mereka nnt dgn sekatan ‘halal’ yg tak korang lepaskan…sekurang2nya kalau korang lepaskan, biarlah selebihnya hanya antara dia dgn Tuhan kan..?..
mama cakap hari2 mama doa semoga dipermudahkan hidup anak2 mama, mudah dapat pertolongan org keliling..x kisah la..kita tolong orang, insyaAllah bila kita susah plak nnt insyaAllah ada orang tolong kita pulak…mama tak mintak balasan pada mama bila mama tolong2 orang tapi mama doa semoga anak2 mama yg terima balasannya..
mama cakap lagi..takpe bila orang buat kita..kita doa banyak2 “Ya Allah..lindungilah kami dan jauhkan kami dari ilmu2 dan kuasa2 jahat..semoga disedarkan mereka dan diampunkan dosa2 mereka yg berhasad dengki itu..”
(huhh..kalau ikut kata hati waras aku takde maknenye nak doakan diampunkan dosa2 org yg menganiaya kita…tapi bila aku pikir2 balik mungkin betul cakap mama..dengan cara tu kita dapat jugak lebih membersihkan hati kita..insyaAllah..)
…
pada mereka yg mungkin berada pada situasi sama macam aku or pernah melalui pengalaman (aku x perlu cerita di sini) macam aku..tentu mereka faham dan tahu bagaimana rasanya…orang boleh cakap ape saje selagi anugerah suara mereka tidak ditarik…yaa aku ulang ianya ‘anugerah’ atau lebih tepat ‘PINJAMAN’…dalam lingkungan 360darjah sekitaran aku, aku punya contoh yg tidak sempurna fizikal, aku punya contoh yg diam berbahasa isyarat, aku punya contoh yg anugerah susuannya ditarik kembali, aku punya contoh yg pejam dlm denyut nadi masih bersisa, aku punya contoh yg gagah kesatria rebah sekelip mata, aku punya contoh senyuman yg manis bertukar menjadi begitu sayu di hati, aku punya contoh yg diamond pudar bertukar besi karat..ahhh tak perlu aku huraikan cukup la indirect version yg aku sampaikan…
…
aku takut…ya aku takut kalau aku terlalai…aku takut kalau aku terjebak sama…Ya Allah..mintak dijauhkan…aku hanya inginkan yang utama kebahagiaan kami sekeluarga selamanya dunia dan akhirat...aku taknak nangis lagi..Please Allah..Aku Mohon Dengan Sangat…mohon dengan sangat….mintak dijauhkan dari segala kuasa/ilmu jahat yg sentiasa berlegar menyusun serangan…hanya DIA sahaja yg tahu apa yg aku benar2 maksudkan…..
…
Dewa – Hadapi Dengan Senyuman
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Reff
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang























