Monthly Archives: March 2009

hemmm…hari ni seharian bergelak ketawa jer..sampai sakit perut…asik tersenyum jer sampai letih otot2 mulut n pipi ni…ahakssss…serius la time kat tempat keje la waktu aku nak bergelak sakan…kerja kerja jugak tapi memang terasa la happy bila dapat bergurau senda n layan ’sengal’ dengan orang2 keliling kat situ…hehehehe….

aku rase kan..aku baru tersedar yang aku ni rupenyer ‘cemburu’ jugak orangnyer ek…ahakssssss…..tapi bukan la lebih2…just ‘ala-ala’ jer… (chehhh tak nak ngaku sangat..)

aku rase semua perempuan pun camtu kot….dah kalau seminggu senyap tentu dalam otak korang dah fikir macam2 kan….boleh buat andaian dari A sampai Z kalau dilayan rasa bukan2 tu…. tu yg kadang2 benda2 kecil pun boleh buat gaduh n berlarutan kan kalau dilayan berterusan…hemmm ni kena banyak belajar kawal emosi ni kalau ada yg bergaduh hanya sebab remeh temeh…. well tahu jer la lelaki mane nak perasan benda2 remeh temeh….bagi diorang ok jer tak rase ape2 tapi pada perempuan antara benda2 yg penting n dititikberatkan….agaknyer la kot ek….

wahai lelaki, wanita2 kamu bukanlah berharap berkepit 24jam bersama kamu or mengharap kamu call 24jam….jangan fikir camtu nanti kamu akan terasa rimas dan terkongkong… yang wanita2 kamu risau bila tidak dengar kabar berita kamu lebih dari 3,4 hari…apelagi kalau seminggu…1 sms pun dah cukup untuk beritahu wanita2 kamu apa saja yg terlintas waktu itu…sekurang2nya mereka lega dan tahu kamu ‘masih ada’ dan ‘ok’….mereka boleh faham kalau kamu katakan bahawa kamu ‘busy’… cuma yg mereka kurang faham kadang2 ada masa mereka akan terfikir ‘kalau pun kamu busy seharian, takkan la sebelum tido or time bangun tido pun tak sempat utk send 1 sms just say sorry yg kamu busy or ape2 saje sekadar menandakan kamu ‘ada’….takkan la takde langsung waktu seminit dua yg boleh dicuri utk 1 sms?…bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih kan??’ (errrr macam pernah jer terbaca kisah seperti itu…ahaksssss…kalau kamu betul2 sayang wanita2 kamu itu tentu kamu tak akan buat mereka risau dgn tak endah or amik mudah hilangkan diri seminggu dengan alasan busy tahap maksima….).. dan pada wanita2 tu juga, kalau kamu betul2 sayang lelaki2 kamu itu.. janganlah berprasangka bukan2 terlalu awal hanya kerana mereka tidak hubungi kamu… janganlah tambah ‘kepenatan’ mereka yang telah sedia ada dengan hal2 remeh yg dibangkitkan… opppssss sy bukan pandai pun bab cintan cintun or bab2 nasihat org… tp ni sekadar mengingatkan diri sendiri jugak yg kadang2 terlalu beremosi…ahakssssssssss…. ;D

maklum la aku pun kadang2 kalau busy tahap maksima, memang malas dah nak reply msg or hp pun tak kisah tinggal jer biar bunyi ker ape…dah settle semua n dah ada masa rehat sket baru la tengok phone…tp selalunya klu busy biasa2 jer sempat la berkepit dgn hp tu…hehehe…. setakat utk say ‘hi’..berapa saat la sangat diperlukan kan???

sebenarnye…kelakar plak bila tulis bab2 ni…hahahaha….hemmm, mungkin sy tengah dlm mood ni la kot sekarang ni..so sorry la kalau ada yg rase nak termuntah bace ker kan…ahakssss… kadang aku takleh lari dr terlintas fikiran bukan2 kat kepala otak ni…tp masih terkawal la setakat ni…bg aku bila dah contact so settle la takde la nak tanye2 hal2 lepas mane hilang or wateva kan…just cerita pasal kini n esok dan esok…tu aku la kan..kalau korang jenis yg nak find out benda2 dah lepas tu terpulang la….aku malas nak gaduh2 or nak betah2 or nak perah2 otak jawab2 soalan or tanye soalan ni…bak kata masa itu emas kan…so takkan nak bazirkan beberapa minit yg ada tu hanya utk gaduh…come on la…letih la… so baik seminit dua yg ada tu diceriakan dgn gelak tawa kan best tu….ahaksssss… giler sengal macam tak caye jer aku tulis cerita ala-ala jiwang la plak….adoyaiiiiiiiii…..

..

aku suka bila tiba2 dapat kejutan…tak kisah la ape2 pun kejutan yg boleh gembirakan hati…. ;-) sekecil mane pun aku tetap hargai…

Good Night Graphic #63

good nite my friends……

aku tak ade idea nak tulis cerita malam ni…hari ni aku abiskan masa dengan diri sendiri…kemas bilik aku..keluar tengok pemandangan luar jap…rehat tengok tasik jap…rehat lepak tengok2 karenah kat dataran jap…..keluar jalan2 gi shopping complex…beli beberapa buku untuk isi waktu boring…beli barang2 make up  yg entah bila aku nak pakai agaknyer..heheh….gi makan pizza sorang2….abis licin plak tu…tiba2 terasa nak makan banyak tadi…ahaksssss…well macam biasa la bila ada ’something’ yg tak ‘ok’….haaaa time tu la waktu rajin aku sampai kan….ahakssss… ;P

…..

akhirnya…aku berkomunikasi jugak wt mr.D…tp tak sampai 5mins coz coverage tak elok sgt kat tempat dia…so maybe nanti entah bile plak akan sambung sembang….at least aku tau mane lokasi nyer…

yup, nothing between us…just as a friend…closed friend…. hemmm entah la…mungkin aku fobia dgn pengalaman2 aku yg lepas dan tak mustahil dia juga punya pengalaman2 yg lepas yg menyakitkan mgkin….so masing2 jadi ‘atas pagar’ agaknyer….nak terbang pun tak berani…nak terjun pun gayat jugak….akhirnya bertatih-tatih di atas tembok pagar…masih tak nampak lagi mane hala tujunya…atau malas nak fikir atau belum bersedia untuk fikir….yaaa macam2 kemungkinan….

dia mungkin akan jumpa berpuluh-puluh gadis lagi akan datang…aku pun mungkin sama….jadi di mana nak diletakkan paksinya?…. jangan biar terkapai-kapai tanpa arah..itu kata2 orang….. jangan pegang terlalu kuat dan terlalu longgar…..itu kata orang juga…. bagaimana kita boleh tahu yang pasak di dalam bumi ‘hati’ itu kukuh??cukup kukuh untuk kita berpaut??tapi untuk ini takde orang yg berkata-kata beri jawapannya…hemmmmm…….

ni aku update thru phone so pendek je la ek..khamis mlm lepas,sempat aku drive gi bkt bintang..n dpt jumpa wt sis suzila yg dtg brshopg kat m’sia kan..thanx sis sempat jgk sembang2 minum2..err aku mmg pendiam sket,hehe..kat blog je rajin tulis pnjg2..ahakss..
..
Aku x tido lg ni,br abis msg wt my ex..ada la cerita2 somethg kan..biase la bl sekali sekala msg dgn ‘kwn lama’ kan..
..
Aku dh tgk confession of shopaholic..ok best je layan.. Hemm..kadang2 ada masa yg kt x perlu pertahankan fakta or jelaskan fakta yg benar coz kt x mampu buat ‘mereka’ faham fakta itu mengikut acuan fahaman kt yg sebenar..dan utk kes seperti itu.. Diam adalah lebih baik..sbb dgn brkata-kata,mereka hanya akan fikir yg kt hanya hujahkan alasan dan bukan kenyataan..kadg2 x adil kan kt trhukum dgn perkara yg disalaherti dan trselindung kebenaran hanya kerana mereka tak dapat saksikan filem2 hidup kt mcm drama yg boleh kt nampak tiap sisi lakonan itu..kt pelakonnya dan bukan penonton..maka persepi hanya brsandarkan mata yg melihat apa yg trlihat dan hati yg merasa apa yg tersentuh..hemm..harap2 kamu faham maksud sy ya…
Kt x punya cctv utk tiap plot hidup kt..kt x blh salahkn sesape klu brlaku salah tafsir jgk kan.. Hemm..kehidupan.. :-)

satu masa dulu aku ‘hantu’ cerita2 hindustan ni…aku suka lagu2nya n step tariannya.. kadang2 bila kat umah layan cerita sambil ikut rentak tari (chewahhh..mane tak ruang tamu luas so menggunakan sebaiknya la macam dalam filem hindi tu…hehee…itu satu ketika dulu la…errrr sekarang?hehehee…)

aku letak lagu ni (Ore pi ya…emmm oh my dear ek?..) coz dalam cerita Talentime pun ada diselitkan lagu ni…memang sesuai betul lepas adegan ‘bisu’ n meruntun jiwa terus pasang lagu ni yg berentak kuat satu panggung so apelagi time ni orang soksekk nangis tak la dengar sangat kan…ahakssss…right time la…hehehee…serius beb..time ni la org keluarkan tisu…hehehe…maunya tak tersentuh kalau si bisu n pekak bersuara dengan gerak bahasa isyarat diiringi turun naik nafas dan gegaran bahu yng menahan ‘rasa hati’ tak tertanggung ‘pedih’ , cuba menyekat air mata tapi akhirnya menitis jugak dengan kaki berlutut di tanah basah dek hujan…plot yg meruntun jiwa kerna melibatkan orang yg tersayang iaitu ibu dan juga dia yg tercinta iaitu si gadis….

“mak, kalau mak tak suka dan tak nak saya jumpa dia lagi, saya tak akan jumpa dia lagi…tapi mak mesti tolong ajarkan saya cara untuk lupakan dia…kerana saya tak tahu bagaimana untuk lupakan dia…”

sorry beb, itu yg teringat…ada lagi tapi aku tak ingat ayat dialog dalam tu cuma pointnya sampai la….masa ni ditutur dalam bahasa isyarat…bayangkan sunyi sepi panggung kerana fokus pada mahesh (yg bisu itu)…dia juga pernah cakap pada kakak dia…

“akak, macam mana nak tahu bila orang dah jatuh cinta?……. saya rasa sayang pada dia….saya tak pernah rasa dengan mana2 gadis lain sebelum ini…saya rasa nak jaga dia sampai hati tua…”

ok ok aku tak ingat sepenuhnya…itu jer tertangkap tapi point sepenuhnya tetap dapat cuma dialog jer terlupa ingatan jap…hehehe….

….

part mak hafiz (budak cerita Mukhsin tu..so sweet…) kat hospital pun menarik yg dilakonkan oleh azean irdawaty…..aku suka kehadiran Jit Murad walaupun kejap jer tapi memang bagi pecah panggung gelak walaupun dalam suasana hospital yg ’sakit’…. derita yang mampu diringankan dengan senyuman dan tawa….. ;-D

“awak pulak sakit ape?”

“saya tak sakit..saya saje je buat sakit..supaya awak tak terasa sakit sorang2..”

“awak tak geli ker tengok saya muntah tadi?..”

“buat ape saya nak geli…awak muntah jer, bukannya berak..kalau awak berak tadi saya lari dah..hehe…”

(yg ni dialog aku memang lupa la tapi lebih kurang la tu…hehe…)

….

aku suka hafiz tu, dari mukhsin dulu pun memang dia best cool…masa dia buat persembahan dengan gitar perghhhhh best seyyyy lagu tu…tapi kalau tak silap realnya aizat yg nyanyi kan…bila tunjuk part baling dadu yg dibuat daripada pemadam time jawab soalan objektif tu teringat aku zaman sekolah dulu…hehe… aku pun pernah compare jawapan dengan betul n kalau aku guna dadu sama tak …hehe…tapi nasib baik memang baling dapat sama dengan jawapan sebenar tapi selalunya takde makne laa…hehehh…kecuali terdesak jer guna…ahakssss…

….

banyak la cerita best dalam filem ni….tengok sendiri la ek…baru dapat rasakan…

“i know my son better than he knows himself…”

hemmm….tersentuh dengar….yaaa naluri seorang ibu yg mengandungkan 9 bulan dan melahirkan dan menyusukan….hemmmm…..jasamu tak terbalas….penuh elemen kekeluargaan yg akrab dan penuh gurau senda walaupun ada yg kasar or ada yg tak sebulu tapi istilah ‘keluarga’ itu masih ‘kuat’……normal la dalam keluarga…ada adik beradik yg bagai isi dengan kuku dan ada yg bagai kucing dengan anjing tapi asasnya masih kuat talian kekeluargaan itu….. ;D

ok kesimpulannya cerita Talentime ni memang best…bagi aku la..korang aku tak tahu la ek….sendiri tengok sendiri nilai la k….jangan tengok untuk cari kesilapan or kekurangan tapi tengok dengan hati terbuka minda terbuka dan cari kasih sayang dalamnya k……. ;-) aku tak kata aku setuju secara keseluruhannya cuma tak payah la aku komen pasal benda2 yg aku tak suka dalam cerita ni so aku tekankan yg ok yg aku suka jer ek….kalau nak cari silap banyak boleh dibahaskan tapi biar la orang lain yg ulas…;P

aku tambah sket….bila si bisu yg diketengahkan tu buat aku teringat pada si bisu yg aku kenal…aku n family memang panggil dia bisu….dia baik, sangat jujur amanah, rajin bekerja n menolong, pandai membaca berkat dia belajar masuk sekolah…aku suka tengok ayah aku berinteraksi dengan dia guna bahasa isyarat siap boleh berlawak bergelak ketawa lagi hanya dengan bahasa isyarat/….kadang2 aku terpinga-pinga tapi ayah aku akan translate kat aku lepas tu….aku terfikir jugak mane plak ayah aku boleh cekap sampai boleh terjemah cerita dari bahasa isyarat tu…perghhhh kagum aku dengan ayah aku…ayah aku bukan belajar bahasa isyarat tapi sebab dah lama dia berkomunikasi dengan Bisu ni sampai dia pun dah pandai guna bahasa isyarat….sampai aku tanye ayah aku…

“ayah, Bisu tu dia pekak jugak kan?dia boleh dengar tak kalau panggil nama dia or bunyi ape2 ker?”

“Bisu cakap kalau guruh berdentam dentam kuat baru la dia dengar bunyi itupun sikit jer macam jauh jer bunyi…”

oooo camtu rupenyer….padahal kita dengar guruh kuat giler tapi dia dengar slow jer…hemmm….Bisu selalu rajin tolong mak ayah aku…in fact adik aku tolong carikan kerja untuk dia….Bisu selalu temankan ayah n mama aku gi minum petang kat bandar…sampai kadang2 ada orang ingat anak mak ayah aku plak…yer la mak ayah dia kat singapore…kat sini nenek dia jer…Bisu ni banyak duit dia dapat semua simpan, mak aku siap buatkan kad bank dia lagi…time gi bank ternganga orang kat bank tengok mama aku berbahasa isyarat dengan Bisu…hehehe…aku kagum ngan mama n ayah aku….moga kebaikan yang mereka lakukan dibalas di sana nanti…..

kadang2 kalau aku balik….pagi2 kalau aku bangun lambat…aduhhh awal2 pagi Bisu dah datang umah hantarkan surat khabar ayah aku…dah terjaga la aku….ada jugak dia bercerita dengan aku tapi aku tak la secekap ayah aku yg boleh balas balik siap boleh ketawa berguling-guling…lawak betul la…hehehe….kadang mama ayah upah Bisu tebas rumput keliling kebun tu….dia memang rajin….tapi dia suka gelakkan aku macam2…ade jer la bahan nak ‘kutuk’ aku….hehehe….dia pangkat abang la dengan aku….selalu kalau tak faham jer, aku pass kat adik aku…hehehe…dia selalu mintak nak pinjam komik2 adik aku, mane la aku faham kadang2 isyarat dia..aku jarang kat umah kan…terima kasih jugak kat dia sekurang2 tolong2 ringankan keje mama ayah aku jugak time kitorang adik beradik takde kan….ape2 nak jer nanti guna sms jer..dah belikan dia hp….hemmm anugerah Tuhan macam2 bentuk ada….. ;)

….

aku sayang ayah n mama…sayang sangat…;-) mohon diberikan aku lebih masa untuk bersama dengan mereka…berikan masa untuk mereka bermain dengan cucu-cucu mereka….berikan masa untuk mereka melihat semua anak2 mereka berjaya dan mampu berdikari….berikan mereka peluang merasa jejakkan kaki di bumi Mekah… amin…kumohon padaMU Ya Allah…… tolong jangan beratkan bahu-bahu mereka dengan dosa2 kami anak2nya….ampunilah dosa2 mereka dan dosa2 kami anak2nya.. amin….

Afgan – PadaMu Kubersujud-

semalam sampai umah dalam kul 12 tengah malam..(chewahhh macam cinderella baru balik plak..ahakssss..)…. sampai kat cineleisure jer makan2 sedap gak makanan yg diorang sediakan ni macam2 ada….macam2 gaya orang pun ada…yer la 2 panggung kot untuk tayangan awal Talentime semalam…1 untuk artis2 GB n lagi 1 utk Silky Girl plak…so aku join yg silky nyer…sekali bila dah duduk2 semua….tengok2 belakang rupanya Mawi n Ekin pun ada sama… sempat la bergambar (poyo kan..hehe..) tp tak sempat lagi nak upload kat sini…

ok dari sudut pandangan aku (seorang yg agak seni jugak ni..hehe..).. aku suka cerita Talentime ni…bagi aku ok best jer boleh layan…ada happy, ada sedih,…ada ketawa…ada nangis… semua bahasa ada… in fact, bahasa ’silent’ lagi beri kesan (mengingatkan aku pada seorang bisu dan pekak yg aku kenal dan rapat dengan keluarga kami semenjak mak ayah dia jauh di s’pore..)….perghhhh…. (malu nak cakap coz aku ternangis gak la semalam, tersentuh betul hati ada part2 sedih tu,walaupun kejap tp beri kesan..walaupun tanpa suara tapi menusuk kedalam hati terus…cukup dengan gesture yg ditunjukkan jer…iskhhh iskhhh…)

ada banyak cerita dalam filem ni…menarik setiap satunya… aku tak sempat nak cerita sekarang….nanti aku sambung ceritanya….

aku suka lagu emmm yg aku ingat liriknya….

“tell me truth, are you my only one…”

petang ni lepas tolong bawak org betulkan paip kat umah member aku…then terus bersiap untuk pergi cineleisure damansara…7.45 cocktail, 9.15 show Talentime movie arahan Yasmin Ahmad tu… dah dapat free so layankan jer la…hehehehe… kalau tak silap sinopsisnya lelaki tu bisu n pekak dan girl tu kacukan melayu inggeris…biasa berbilang kaum macam cerita yasmin yg lepas2…takpe nnt aku gi tengok then aku quote la dialog2 yg menarik k….;-)

…..

banyak perkara pelik yg kita nampak…hemmm..

- camne la aku boleh nampak gf & bf gaduh sakan sampai boleh main tendang kaki n bertumbuk tapi masih boleh stay lagi…giler apeee…baru couple dah gaduh sakan…kalau dah kawin ade yang main suka hati terbang pinggang mangkuk siap kena lempang terajang agaknyer…gilerrrr…huhh…cinta ape la namanya segilerrrrr itu…selisih betul…..

- camne la aku boleh nampak laki yang tengking isteri tengah2 pasaraya giant time orang tengah beli-belah barang2 umah…adoyaiiiii nape yer si suami tu tak jaga maruah si isteri?? isteri dia diam jer menunduk…laki muka bengis gilerrrr…. pelikkkkkkk….kawin atas dasar cinta ker or terpaksa????? pelikkk dunia sekarang…….

- emmm nanti aku sambung lain la…ni saje curi2 masa jap…..

.happy.dinner.
.happy.dinner.

orang selalu nampak aku ‘bertuah’…hemmm..tapi yg mereka nampak aku cuma ‘bertuah’ pada satu sudut kehidupan jer…tapi sudut kehidupan yg lain, aku tak pernah ‘bertuah’….entah bila akan ada ‘tuah’ untuk satu sudut itu??hemm..entah… ’sakit’ la bila fikir so malas nak fikir… thanx pada budak-budak keliling aku ni yg boleh layan ’sengal’ dengan aku sekurang-kurangnya menceriakan hidup aku sehari-hari dgn kehadiran mereka… sentiasa penuh gelak tawa n gurauan yg ’sengal’ memang ketawa pecah perut jer at lab ni dengan gelagat budak2 ni…suka aku elayan…hahahahaaa… (mane tak dengan aku sekali jadi macam budak-budak…hahaha…tu yg ada orang ingat aku student lagi…hahaa…logic er umur i baru 23,24??errrkkkk…jauhnyerrrr…. ;-) )

aku terasa nak amik cuti la…tapi minggu ni tak boleh nak cuti coz banyak benda yg nak kena handle…hemmm maybe awal april nanti boleh aku sambung cuti terus dari hari conference tu….boleh terus balik kg…or berjalan gi mane2 ker tenangkan fikiran jap…. nak kata serabut..takde la serabut mane pun….cuma entah la saje nak ‘rehat’ jap….stabilkan emosi ni sket…

ok aku tengah layan dengar lagu Entah – Afgan…..suara penyanyi dia memang sedap la bagi pendengaran telinga aku la kan tambah dgn melody pun sedap didengar….kalau korang tak tersentuh tu lantak korang la….dah tengah mood nak layan lagu slow camni la…kalau mood aku nak layan lagu R&B hip hop sampai nanti..haaa time tu berdentam-dentum la kereta aku..mesti kalau budak2 motor kat t.lite yg dengar rasa nak baling helmet jer kat aku…hahahahaaa….serius aku buka kuat giler dengan tingkap open…haaa tu maknanya mood tengah swing giler or tengah marah n geram giler or tengah sakit hati….ahaksssss… (time tu selalu nak nangis so cover la dengan lagu ‘keras’ konon2nya…ahakssss…supaya hati keras balik…hahahaaa…)

Entah – Afgan -

Kutahu, kau selingkuh
kau duakan cintaku yang tulus
kau tahu, diriku
tak pernah berpaling dari dirimu
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…

Tak pernah ku bayangkan
cerita kita berakhir begini
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…

Masih kah ada, o…
cinta dihati ini
dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku…

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…

…..

“bilakah akan ada seorang lelaki yang ikhlas datang pada aku yang benar2 suka aku dan bukan hanya keluar dengan aku demi pertaruhan….”

alamak tak ingat sangat la dialog tadi..tetiba tertengok drama philipine tajuk dia Boy next door kot kalau tak silap la… sentap jap dengar panjang dialog tu tadi tp tu jer yg aku ingat2 sket….

tetiba aku nak teringat jugak..dialog dari ‘bestfriend’ aku….

“kau tahu tak….aku salute dengan ***, sebab kau tahu kan dulu time study ramai yg suka dia kan…tapi di akhirnya dia kahwin dengan orang lain yg kita semua tak kenal..aku salute dia sebab dia tak pilih sesiapa pun di kalangan orang2/kawan2 yg suka dia tu….”

hemm…mula2 aku tak berapa tangkap maksud dia kenapa dia cakap pada aku…tapi bila aku fikir2 balik…hemmm aku faham ape yg dia cuba sampaikan pada aku….yaaaa…tak nafikan hal yang sama berlaku pada aku….dan setiap kali itu juga aku berlari jauh mengelak dari terlibat or menerima di kalangan kawan2….pada aku tak rugi aku tak terima cinta mereka…persahabatan itu lebih penting pada aku….sebab tu aku selalu harap aku jumpa orang luar dari lingkungan kawan2 aku…memang ramai orang dekat aku yg marah dan betah pada aku kenapa tolak a tolak b tolak c blablablablaa…entah la…kalau dah sampai jodoh aku nanti tak perlu susah2 akan ada la yang dipermudahkan jalannya nanti….siapa pun orangnya aku tak tahu….ENTAH….

Alamak beb, semalam seharian aku malu gilerrr rasenyer macam nak cuti seminggu jer nx week…segan giler bila terserempak ngan semua orang…sebab aku dah tersilap forward email kat semua staff semalam….gilerrrrr maluuuuu beb…..adoyaiiiiiiiiii…..even aku dah sayy sorry back pun tapi sebab orang semua dah terbaca email tu…seharian aku jadi bahan usikan n gelak….jumpa semua orang mesti ada ‘point’ mengenakan aku jer semua….hampagasssss betul….. apepun email tu aku dapat dr member aku just for fun….aku cuma nak forward pada member yg sekepala jer tapi ni sampai orang2 atas semua dapat…abis la aku….semua orang duk tanyer….alamak tercemar la imej ‘muslimah’ aku….chewahhhhhhhhhhh……padahal aku ni memang ’sengal’ gilerrrr kannnnn…hehehhehe…..cuma kalau orang tak kenal rapat tu yg confuse tu bila terima email ‘macam tutttt”’ tu dari aku….ahaksssssssssssss…. ;P

well, aku pun bukan ‘baik’ sangat….tapi tak la ‘jahat’ plak kan….hehehe…cuma ‘nakal’ jer sekali sekala….. ;-) tapi memang segan la…sampai boss aku cakap… “…n**, semua org tanyer saya…en.***, ape yg u dah buat pd n**?..semua org ingat i yg rosakkan pemikiran u…i pun tak tahu nak jawab ape….”

hahahahahhaaaaaaa…..yer la email tu ala2 gitu….kalau ikut ‘imej’ aku kat tempat kerja yg orang nampak macam pemalu, pendiam, pemikiran macam suci murni tak tercemar kononnya, stock baik giler..(sah sah la keje pakai baju kurung jer memanjang kan…)….sekali dapat email ala2 tu mana la tak tergezut diorang kan….padahal kawan2 yg kenal aku memang tahu tahap ‘kesengalan’ aku camne kan???….hehehehhh….. ;-D 

….

malam tadi gi dinner….best n happening giler….enjoy gilerr….fun gilerrrr… n budak2 tu semua memang giler2 nyer buat performance…..congrats to them…. banyak giler amik gambar semalam…video pun banyak jugak….cuma nak transfer dalam computer jer ntah biler ek…hehehe….

….

yesterday, he called me…ok aku delete entry yg sebelum ni coz aku rasa aku tulis tu dgn terlalu beremosi n berprasangka bukan2….well, walaupun aku dah dengar ‘jawapan/alasan’ tapi tak semestinya aku percaya dgn penuh….i’ve so much experience b4 this….so aku lebih berhati-hati sekarang ni… aku tak suka nak tanye lebih, aku just dengar jer setakat mane yg orang nak explain kan… malas nak panjang cerita…. aku masih ingat cara yg diajar secara indirect oleh mr.** tu….past is past…buat ape nak berbetah pasal benda yg lepas…or bersusah-payah nak dapatkan jawapan pd benda yg lepas yg dah berlaku…rugi jer pun bukan dapat ubah ape2 yg dah jadi tu….buat letih jer…baik cakap pasal sekarang n bereaksi pada hal yg sekarang ni dan kehadapan….hahahhaaa…. yaaaa i’ll never forget mr.**…he taught me so many things…. anyway, thanx (u know who u are..)….

….

.trust nobody.

.trust nobody.

for mr.D….hemmmmm…. sama ada benar atau tidak…. sy malas nak fikir dah… lagipun, sy takde hak utk fikir bukan2 pun….ape kaitan sy dgn mr.D kan?? sy bukan his special gf… yaaa people come n go from our life right huhhh? only the ‘real one’ stay with us right??…….. dah lama pun aku belajar terima hakikat…kawan datang dan pergi…..boyfriend datang dan pergi….. hanya family…mama ayah, ajis, epi yg stay dengan aku selama2nya…… that’s why camne pun aku kecik hati or marah dgn mereka, selalunya aku tak bersuara or membantah…kalau adik2 aku setakat kena bebel jer kot tapi duit tetap hulur jugak camne sengkek aku ni pun n camne boros diorang tu pun…seboleh-boleh tak nak kecikkan hati mama n ayah….hemmm… so aku perlu sentiasa bersedia untuk kehilangan orang2 keliling aku…..bila2 masa jer mereka boleh pergi dari aku kan….. aku tak perlu letakkan sayang yg lebih pada sesiape pun mereka…. aku tak perlu harap mereka2 akan kekal bersama aku dalam susah senang kan…. aku sentiasa perlu sayang diri aku lebih dari yg lain kan…… :-)

just nak cakap..aku tersentuh…tu jer….ada la benda yg buat aku tersentuh jap….jap jer sekali imbas…..

lain-lain, hari ni mengerjakan kepala orang…ahakssss….baru2 ni seronok la dapat tengok macam2 jenis activity wave otak org..takut kalau dah lame2 nanti naik muak bosan plak…..tapi aku seronok dapat belajar pelbagai jenis instrument kat sini…

….

ada plak yg buat aku tersentap….cumanya aku cuba fikir positif dulu la… tak nak la terburu-buru berprasangka buruk plak kan…..relax…. 

..

banyak je yg berlaku tapi macam takde cerita yg menarik nak kongsi dalam blog ni…..cerita yg ada pun ala-ala ’suam-suam kuku’ jer….malas la nak tulis…

….

..sweet..
..sweet..

suka betul aku letak photo2 kartun2 animax kat sini ek..sebab comel2..

hemmm…’dia’ out station so hujung minggu ni aku duduk umah jer tak ke mane2…nak gi tengok movie pun macam takde cerita yg menarik..so bertapa jer la kat umah…kalau ‘dia’ kat k.l pun belum tentu boleh keluar sama jugak coz jadual dia tak tentu kan…macam aku pernah cakap la dalam sebulan boleh kira 2,3 kali jer kot jumpa… ;-D …tapi bila tiap kali jumpa memang makan sedap2 la…ahaksssssssss……aku bab makan memang tak tolak…hehehe….
buat masa ni, ‘dia’ yg agak rapat dengan aku selain ‘bestfriend’2 aku la… tapi aku nak pinjam jawapan artis la kan “kami baru dalam proses mengenal hati budi masing2..”…..chewahhhhhhhhhh….nak tergelak plak… ;-P