semalam, lenguh kaki berjalan sakan…ptg aku kuar jap wt my besfren, sempat buat facial youuuu…hehe…..thanx ms.M ajak aku gi bt facial (terkejut aku tp dia kata mmg niat dia..terharu aku..)…..(raya sakan aku thn ni..ahakss..)…then keluar buka puasa pas maghrib beramai-ramai dgn geng 13, thanx ms.e.t coz belanja kitorang…moga sentiasa dimurahkan rezeki yaa….
then, selesai makan kat ‘jom lepak’ -restoran linda rafar, kitorang terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Jalan TAR………..apelagi shoppingggggggg….bukan selalu….setahun sekali jer seronok nak bersesak-sesak…ahaksssssssssss…. last year aku gi, xde la sesak teruk mcm thn ni…semalam mak aiiiii boleh tahan sesak giler sampai jalan pun macam ‘penguin’…hahaha….. kitorang parking jauh sket la coz nak elakkan ‘jam’ kan…apelagi parking kat maju junction la then menapak bermeter-meter la…hehehh…tapi puasssssss…. thanx kawan2 semua…. sementara korang single la dapat aku abiskan masa ngan korang kan?? nanti kalau masing2 dah ada komitmen, sape la nak gi jln TAR ngan aku kan??….
walaupun panas n bersesak tp ntah ek rasa seronok ape terase kemeriahan aidilfitri yg bakal menjelang…kalau xde org boring jgk nnt sumer mata tertumpu…banyak jgk aku borong semalam…borong tudung n brooch..tp bl ramai org ssh sket nak mintak discount..
.mmg tu pun target aku coz kat shah alam kira mahalll lg…menyampah btl…. pkns yg kononnya murah tu pun kira mahal lg bg aku la…padahal berapa ringgit jer sepatutnya tp letak harga mak aiii x ingat2….sbb tu bila sekali setahun gi jln tar ni aku borong x ingat2…hahaha… (aku teringin nak pegi sini wt someone tp x berkesempatan agaknyer…hemmm….)
…..
beberapa hari lepas, aku ada terdengar 1 cerita di radio…menarik bg aku la…petang balik kerja time tu aku on d way nak blk umah…girl ni call radio n dia cerita yg dia tgh terkejut sgt coz beberapa hari lepas tiba2 sorg guy yg dia dah kenal n berkawan hampir 6thn tup-tup ajak dia kahwin…menurut kata girl tu mereka just kawan biasa jer…dia mcm x percaya dan dia cakap pd lelaki tu ape buktinya yg lelaki tu serius dgn kata2nya….sekali ptg yg dia call tu rupenyer dia tergesa-gesa pulang ke rumah sbb terkejut dpt berita yg lelaki tu bawa mak ayah dia gi jumpa mak ayah girl ni tanpa pengetahuan girl ni….mane la girl ni tak terkejut giler…tp nada suara dia begitu ‘happy’ pd pendengaran aku….moga mereka berbahagia dan moga guy tu sentiasa kekal menyintainya….
(so sweet…)
…..
(thanx pd semua kawan2 aku…kadang aku rasa segan plak tp aku x pernah minta apa2… mgkin sbb aku x pernah berkira dulu smpai sekarang..dan mereka juga x berkira sama…maaf kalau ada salah silap apa2…minta halalkan segalannya… thanx semua…..
….)
….

..sweet...just smile..
(hemmm….buka ape mr.D agaknyer hari ni ek..letih agaknyer dia…aku selalu jer cerita pasal dia kan…kawan2 baik aku tahu n family aku pun tahu..n korang pun tahu kan…tapi aku selalu tertanya sendiri…agaknyer nama aku x pernah wujud di pihak sana kan…mgkin aku blm cukup istimewa kot…takpe la…. dah 27thn aku hidup….start dr 10thn yg lepas smpai hari ni,bkn aku x biasa tepuk amai2 sorg2…ada masa aku tahu letih jgk…ramai jenis manusia aku kenal…aku tahu ada masa hati ni ‘pedih’ jgk…ala rencah hidup kan…)
cuma terngiang-ngiang besfren aku cakap….. ‘…at least…dia ada effort jgk kan….bkn senang2 lelaki nak buat camtu….‘
hemmmm….tersenyum jgk aku bila dengar…..hilang rasa prasangka bkn2 aku ni….cuma takpe la….kalau dia ada pilihan lain, nk bt camne kan… aku selalu rasa takut yg aku tak layak…entah….. takut jgk kalau2 yg dikejar x dpt, yg dikendong berciciran…hemmm….xpe la….doakan saja moga berbahagia selalu…. aku percaya mama n ayah tentu akan mendoakan anaknya di ’sana’ nnt tanpa perlu aku utus kiriman….
….
heyyyyyyy entry ni patutnya happy la coz dah nak dekat raya…dah bershopping sakan………….hehehehe…….
heyyyyyyyy senyum laaaaaaaaa………..jangan masam2 yg kat luar tu yaaaa…… senyum tu bleh menyejukkan hati….hehehe………


























