
..iskhh iskhh..
…..
aku tahu aku mampu utk ‘tipu’ mata2 org keliling aku dgn gelak tawa aku, dgn telatah keanak2an aku, dgn menyanyi-nyanyi sambil menari mengikut rentak ‘Nobody-Wonder Girls’, hehehe…serius pd pandangan mereka keliling, nampak betapa sengalnya aku mcm remaja baru umur 23thn..(padahal dah 27thn pun..)..hehe…itu cara aku meng’happy’kan diri n bleh elak stress time keje….yaa mereka keliling tentu nampak aku macam dah ‘ok’ jer kan….hakikatnya, aku terpaksa menulis lg di blog ini utk kongsi kesedihan di sini…sbb x semua org mampu faham kalau aku bercerita dgn mereka.. jadi baik aku cerita di sini…aku tahu semua org akan cakap sabar, be strong, dah la lupakan je, ramai lg kat luar sana, takyah sedih2 la, +++++….etc…..
“when it was painful, i grew during that time..” (petikan dialog 1L of tears)
ikutkan boleh jer aku berlagak ok as usual..yaa kadang2 terpaksa hipokrit utk sembunyikan emosi sebenar supaya org lain x risau pasal kt, supaya org lain tak sakit mata tengok muka monyok kt,…so i will keep smiling….
….

..damai..
sedikit imbasan lalu…
Masjid tersergam indah menjadi saksi bisu. Nia melemparkan pandangan kosong jauh menembusi pancaran lampu-lampu hiasan dataran juga liuk-lentuk pancutan air. Sesekali fokusnya beralih kepada orang ramai yang mengunjungi dataran itu. Hatinya sedikit terusik menyaksikan gelagat anak-anak kecil yang berlari-lari riang, juga esak tangis sesetengah daripadanya. Ah, bila agaknya aku akan berkesempatan bawa anak-anak memeriahkan dataran ini. desis hati kecilnya yang terselit sedikit cemburu.
Bagaimana aku harus mulakannya? teriaknya dalam hati. Fikirannya masih menerawang menyusun dialog, cuba merangka ayat yang sesuai. Hampir lunyai straw air mineral digigit-gigitnya, tanda betapa kucar-kacirnya hati dia. Tanpa sedar, kelibat seorang lelaki bert-shirt dan berseluar track menyertainya bersandar pada bonet kereta. Dipandang sekilas wajah lelaki yang amat dicintainya ini. Lelaki ini tetap segak di matanya walau dalam keadaan apa sekalipun. Mereka berbasa-basi sebagai permulaan bicara.
“kenapa u ni? amboi tengok orang kat depan tu sampai tembus pandang..”
Nia tersenyum nipis. “u raya mana nanti jumaat ni?”
“raya mana lagi, kat sini je la..”. Lama terdiam.
“u ni kenapa ni? ha tengok sampai tersedak dah..”
Nia melepaskan straw yang digigitnya. Air dalam botol masih tak luak-luak juga.
“u tak ada apa-apa nak cerita pada i ke?”
“cerita apa?”
“apa-apa la yang u nak bagitahu i ke, pasal diri u yang i tak tahu ke..”
“nak cerita apa u ni? cuba u cakap ada apa sebenarnya? u ada dengar orang cakap apa-apa ke..”
“i tak tahu nak cakap macam mana, i tak pandai nak buat ayat..”
Terdengar jeritan dan esak tangis seorang kanak-kanak tak jauh dari tempat Zania dan Zariq berbual. Mereka sama-sama mengalih pandang.
“anak u dah besar macam tu ke?”
“haa?apa?” Zariq terdorong ke depan cuba untuk mendengar soalan yang diajukan dengan lebih jelas.
“anak u dah besar macam tu ke?”. Suara Nia kedengaran lebih jelas kali ini.
“kenapa u tanya macam tu?”. Aju Zariq beserta sedikit kerutan di dahi, tanda sedikit pelik mungkin.
“salah ke i tanya macam tu?”
“tak salah..”
“abis tu betul la?..”
“i tak nafikan juga..u nak tanya apa ni sebenarnya?”
“tu la soalan yang i nak tanya, u jawab la. anak u dah berapa tahun, 2 orang? ke dah 3 orang?”
“mana u tahu ni?u dengar dari mana?siapa yang cakap?”. Riak wajah Zariq sedikit terkejut.
“i tahu sendiri. u cerita la cepat. kenapa u tak beritahu i awal-awal? siapa nama anak u, D*****, lagi?”. Nia cuba sembunyikan getaran dalam nada suaranya.

..plz don't go..
Zariq sedar dia tak mampu berdalih lagi. Nia dah tahu hal sebenarnya.
“paling kecil 2 tahun, semua 3 orang..D*****, D*****, D******. Dari mana u tahu ni?”, Zariq masih tertanya-tanya dari sumber mana Nia mengetahui rahsia dirinya yang selama ini tersimpan kemas.
“i cari sendiri. u tahu i ‘terror’ bab cari maklumat ni. Kenapa la u tak beritahu i awal-awal. I dah tanya u awal-awal dulu kan tapi u jawab tak la..”
“kan i jawab i belum kahwin ‘lagi’.”
(Ya Allah, dia ni sempat buat main-main lagi dengan hal serius macam tu..mana la aku nak terfikir jawapan tu bawa maksud yang bukan ’straight to the point’ masa tu.) Nia menyeringai dalam hati.
“u ni…”. Terasa tersekat lidahnya untuk teruskan bicara. Nia menukar posisi duduk di lantai pula.
“kalau i beritahu awal-awal i dah kahwin mesti u tak nak kawan dengan i kan?”
“yer la..kenapa u buat macam ni? u dah drag 1 year..kenapa ek?..kalau u nak main-main baik u cari yang seksi-seksi yang muda-muda..u kenal i kan, u dah tahu semua pasal i..kenapa? u tak suka i pun kan?”. Nia bingung memikirkan kenapa dia yang menjadi mangsa untuk dipermainkan.
“i bukan nak permainkan u. siapa kata i tak sukakan u. i memang nak kan u. sebab tu i tak beritahu awal-awal yang i dah kahwin.”
“abis tu kenapa..u dah ada wife, dah ada 3 orang anak pun kan..”
“i memang dah plan nak beritahu pada wife i pasal kita, dan i memang nak terus-terang pada u lepas tu, tapi tak sangka u dah tahu dulu..”
Terperanjat Nia mendengar pengakuan Zariq. Ha?Dia plan nak jadikan aku ’second wife’ ke?. Terkedu Nia seketika.
“tak logik betul la u ni..”
“tak ada benda yang tak logik kat dunia ni..macam u cakap kalau i nak buat main-main baik i cari yang seksi dan muda-muda…tapi i bukan sengaja nak cari-cari macam tu..ni naluri lelaki..i jumpa u, i suka pada u dan i betul nak amik u..tapi i tahu u tak nak bermadu sebab tu i tak cerita dari awal..”
“so, u expect i akan jawab apa?..u pun tahu i selalu cerita pada u pasal kawan-kawan i yang bercinta dengan suami orang, yang jadi ’second wife’..mesti u gelakkan i dalam hati kan…patut la selama ni bila i buka cerita pasal future jer u selalu pusing-pusing ke lain..”
“mana ada i gelakkan u…i tahu u takleh terima jadi yang kedua sebab tu i kena yakinkan u betul-betul dulu..kan i cakap kalau ada jodoh, ada la..i just try my luck..mana la tahu..”
Tak aci betul. Dah tambat hati orang betul-betul lepas tu baru nak beritahu hal sebenar. Memang mungkin ada kemungkinan wanita akan terima setelah 1 tahun dibaja benih cinta dalam hati dan bila tahu hakikat sebenar, hati dah terpaut, akur merelakan. Tamat cerita. Tapi bagaimana pula pada yang dah diikat hati selama setahun dan kemudian tahu hakikat sebenar, tidak mampu meneruskannya, bukankah masa dan umurnya terbazir begitu saja?
“wife u tahu tak?”
“hari tu wife i ada baca sms yang u hantar pada i”
“haa?? habis tu?”
“dia ada tanya siapa..i cakap la u..”
“hah?! pastu? dia tak buat apa2 ke?”
Zariq hanya diamkan diri.
“tentu dia seorang perempuan yang perfect kan?”
“semua perempuan pun perfect.. i tak permainkan u, i memang nak u, mungkin u boleh lengkapkan lagi hidup i..tapi tu la..”
“Ya Allah, u ni..u dah tahu umur i dah 27 tahun kan..u tahu i memang tak nak bermadu..mana ada perempuan yang sanggup dimadu..kalau ada pun perempuan yang baik, kalau dia kata ya pun tapi tak akan sepenuhnya ikhlas..kalau i pun tak nak…kenapa sebenarnya u ni..u kahwin dulu cinta tak wife u?”
“cinta..sampai sekarang pun i tetap cinta wife i..ok, mungkin ada lelaki yang macam ayah u, tapi kebanyakan lelaki ada naluri macam ni..i bukan saja-saja..benda ni datang sendiri..dan sebab i tahu i mampu..”
“i tak ada apa-apa pun..”. Lemah Nia bersuara. Dikuis-kuis lantai dataran dengan kunci keretanya.
“i pun tak ada apa-apa..”
“u ada kriteria lelaki yang ideal..sekarang i baru faham, lelaki yang ideal kebanyakannya adalah suami orang sebab dia dah tahu semua benda, dah berpengalaman, know how to treats a woman..very gentleman..before this i kenal kawan lelaki-lelaki yang single susah nak jumpa macam tu…”. Nia mengawal getaran suaranya, sedangkan hatinya seakan terasa digigit-gigit.
“ada lelaki yang single yang ada kriteria macam tu kat luar sana..u tentu boleh dapat yang lebih better dari i…so maknanya tak ada possibility?”
Nia lama terdiam. Sekejap wajah Zariq dipandangnya. Sekejap dialihkan pandangan ke arah pelawat-pelawat yang mengisi ruang-ruang di dataran itu.
“So, is this the end of our relationship?”. Zariq terus mengajukan soalan seterusnya. Zariq beralih duduk di lantai pula bersebelahan dengan Nia.
“tadi kan ada kereta polis, i try minta pistol, polis tu tak bagi pulak, kalau tak, dah ada orang mati kena tembak..”. Nia cuba meredakan keadaan. Tersenyum dia dengan kata-katanya sendiri. Zariq juga turut tersenyum.
“u tahu tak patutnya i minta senapang gajah kan tadi..”
“janganlah minta senapang gajah, u minta la parang gajah..at least u boleh kerat-kerat badan i, kalau pakai senapang gajah habislah berkecai badan i nanti, i tak nak jadi macam Altantuya..”.hehe.. kami sama-sama ketawa kecil. Sempat pula kami berlawak jenaka dalam keadaan membincangkan hal serius macam ni.
“minggu depan i pergi Singapore..nasib baik makcik i ajak pergi, boleh juga i relax jalan-jalan tenangkan fikiran..”
“ha, kalau u pergi Geylang street jangan lupa makan sup merah tau..sedap kat situ..”
Nia terus menoleh kepada Zariq dengan membeliakkan biji matanya. Ek eh dia ni, sempat pulak tinggal pesanan penaja.
“..err yer la, selingan iklan jap..sebab i tahu u suka makan..”. Jawab Zariq dengan muka yang ala-ala ‘innocent’.
Hahahaha…bengong..sempat pulak bergelak ketawa dalam ’situasi’ seperti ini. Kemudian, Nia terus mendengar cerita Zariq. Tentang perkenalan dia dan isterinya hingga ke jinjang pelamin. Tak dinafikan, terselit sedikit cemburu di hati Nia. Ah, kenapa pula aku nak rasa cemburu, rasa itu tak patut ada dalam hati aku pun sebab aku tak punya apa-apa hak. Detik hati kecil Nia.
“u nak minum? jom pergi minum dulu..”
Nia memandang wajah Zariq dengan riak muka yang penuh tanda soal. EK eh sempat pulak nak ajak aku gi minum. memang la aku haus gila dan lapar gila ni tapi takkan la aku nak gi minum plak dalam situasi macam ni. Getus hati Nia.
“u ikut i pergi main badminton eh?..”
“haa? Abis nanti semua orang akan cakap i ni perempuan jahat la kan.”
“kenapa mesti orang fikir macam tu?”
“abis tu? dah u dah kahwin, ada anak..”
….
Zania menarik nafas dalam-dalam. Jauh dilontarkan pandangan ke tengah dataran seakan merenung kisah hidupnya.
“u tahu tak, i dah bayangkan macam-macam..”. Nia sedikit mengeluh. Terkilan.
“habis tu, u fikir u je, i pun dah buat future planning semua..”
“u suka i je kan, tapi u tak cinta i kan?”
“kenapa u cakap i tak cintakan u?”
Diam. Masing-masing melayan perasaan. Mata kedua-duanya dah berkaca-kaca. Zariq mengurut-urut dadanya yang mula merasa sebak mungkin. Dia kelu untuk berkata-kata pada pertemuan kali ini. Tidak seperti selalu, pasti ada saja yang nak diperkatakan.
“Terima kasih banyak-banyak untuk semua, i minta maaf kalau ada salah apa-apa. i doakan u bahagia dengan wife dan anak-anak u. u bercinta la balik dengan wife u. ” . Hati Nia terasa sayu dan sebak.
“i yang patut minta maaf banyak-banyak pada u sebab dah kecewakan u, tolong jangan benci i dan zuriat i, tolong jangan membenci lelaki.. tapi i tak sama macam lelaki-lelaki lain, diorang tinggalkan u tapi i tak..i minta halalkan semua masa u..”
“habis tu macam mana u nak ganti balik setahun i?” .Tanya Nia ala-ala budak kecil yang merajuk tidak dibelikan gula-gula.
hahahahaa. Terburai ketawa besar Zariq mendengarkan kata-kata Nia tu.
“..nanti lepas ni, i nak bercerita dengan siapa..”. Sayu Nia bersuara perlahan seakan bermonolog sendiri.
“i doakan u jumpa lelaki yang ada kriteria macam i..”
“..tapi kriteria baik jer la dan single..” celah Nia sambil tersengih.
Zariq juga turut tersengih.
“tapi please i harap u boleh lagi jadi kawan i..please..”
“kalau i kawan ngan u, macam mana i nak kawan dengan orang lain?”
Masing-masing membisu. Mungkin tiada jawapan akhirnya. Biar Tergantung.
“dah la, i nak balik, lama-lama nanti takut i takleh nak lupakan u pulak..”. Hati kecilnya terasa amat pedih, kalau boleh dia tidak ingin kehilangan seorang kawan yang amat disenanginya, terasa masa begitu cepat bergerak.
“take care..” .Sayu terdengar suara Zariq sayup-sayup.
“k take care..” . Nia membalas perlahan.
tanpa menoleh, masing-masing terus menaiki kenderaan sendiri. Apakah di sini noktahnya?? Kereta Zariq terus meluncur laju meninggalkan dataran itu. Nia masih berteleku memegang stereng kereta. Tanpa sedar, air matanya jatuh mencurah-curah, bahunya terhenjut-henjut mengiringi esakan. Tersedu-sedan dia seorang diri, suara tangisannya kedengaran tenggelam timbul. Hatinya bagai dikoyak-koyak. Mukanya disembamkan ke stereng beralas lengannya. Kemudian, ditekup wajahnya yang basah dek air mata dengan kedua telapak tangan. Hanya Tuhan yang tahu ‘kesakitan’ yang ditanggungnya. Esakannya semakin kuat, dipekup kuat telapak tangan kirinya ke mulut menahan sendu yang seakan menjerit-jerit. Sebelah tangannya lagi kedap memegang stereng kereta, memacu laju tayar keretanya membelah malam gelap. Sesekali terdengar Nia mengerang, bergetar-getar suaranya merintih, ‘..sakit..sa..sa..kitt..nyaaa..Ya Allah….’.
…………..
*(cerita di atas tidak sepenuhnya seperti apa yang berlaku, mungkin terdapat sedikit tambahan juga olahan dari segi dialognya..)

..hurts..