Tags

, ,

kesinambuangan Chapter yg terpinggir..episod yg terbiar..

***

‘ponnnnnnn!!!!….woiiiii dah lame hidup sangat ker???’

tak cukup dengan hon ditambah dengan ‘high-beam’ lagi….

 

‘ahhh…peduli ape aku…kau tak rasa kat tempat aku…ko tak faham…silap-silap kalau kau kena..kau pecut lagi teruk dari aku ni…’

(bermonolog dalam hati tapi kaki makin kuat menekan pedal minyak…)…

 

‘aku tak kira…aku tak tahan…aku nak sampai cepat…aku tak nak orang awam menjadi saksi lagi..ahhh mereka tak tahu ape-ape…cukup la beberapa kali mereka menjadi saksi di traffic light merah…saksi di lebuhraya yang sesak…terkebil-kebil mereka menjadi saksi di hentian P…ahhhhh peduli ape pun…bukannya mereka kenal aku pun…kalau pun mereka nak mengata atau mengutuk…ahhhh dosa itu dijanjikan pada siapa?? bak kata Nabil raja lawak “lu pikir la sendiri!!”..’

 

laju jer aku tolak gate terus meluru masuk kedalam rumah dan sampai je di bilik…aku terus menerjah memeluk ifah…

 

“Liya..kenape ni???” 

belum sempat ifah bertanya lagi…bahunya yang dilapik t-shirt biru itu mulai basah dan terasa terus meresap ke kulit…dengan nada suara yang bergetar..liya masih cuba bersuara walau seakan berperang melawan gigilan sistem dalaman badan yang menegang…

 

504712500_d0c96a1a94 “Ifahhhh…bagi aaakuuu nangis..ss..s..kat baaa..huu..kau..a.aa..aku..takkk..taaahann lagiii..saaakk..kkiiittt…saaaakkkkiiittt sssaa..sangaatt..”

(tersekat-sekat dek sedu sedan dan nafas turun naik yang dah tak seimbang….tangisan menjerit dan mencengkam itu membiaskan getaran yang sangat menggigit dan menyiat hati…ya Allah…liya, kenapa boleh sampai sesakit itu?? irama lagu yang terdengar dari tangisan itu amat menggerunkan ibarat tarikan dan hembusan nafas serta deraian air mata itu berlumba-lumba sehingga semuanya bersatu dan memformulasikan suasana yang amat menggarit dan mengilukan ulu hati…. aduhhhhh…mama…sakitnyaaaaaa…….)

 

“ya Allah…liyaaa..takpe..takpe..kau lepaskan…”

(ifah cuba bermonolog…’liya..ape yang dah terjadi??ape ade dalam hati kau??sakit yang bagaimana kau rasa liya??mungkin aku cuma mampu rasa tempiasnya saja…aku minta maaf…aku cuma mampu membiarkan bahu aku menahan lenguh dan lencun…aku tak kisah liya…cuma aku doakan kau akan sembuh liya…dan kau akan tersenyum kembali…aku pasti kau kuat liya….’…)

24935477_5ac6d8c8b1 (kau tahu kan kau dah diberi peringatan awal-awal….’do not pass this point’…tapi kau degil kan???…kau langkah juga…jadi risikonya ??..)

 

 

Bookliya…ifah….di mana akhirnya????

-PAUSED-

 

 

 

***************

“kau kena jaga perasaan dia..”

“abis, perasaan aku siapa pulak nak jaga?..” 

– (petikan dialog telemovie Vice Versa) –

*******

Advertisements