Tags

, , , ,

Image101_3

“winning is about thinking one step ahead”

ni antara gambar yang aku sempat tangkap la sambil drive tu kan..sebab aku tengok board tu cantik then ayat dia pun menarik..

 

Ahad semalam aku gerak balik ke Shah Alam dari Kluang dalam pukul 5.30p.m..saje balik lambat2 terasa malas nak balik pulak…well, as usual i’m driving alone..belum ada lagi ‘abang’ yang boleh tolong drive kan..ahaksss..hemmm terfikir jugak nak relax jer duduk sebelah kan..haha..tapi kalau ada ‘abang’ tolong drive pun mesti aku tak tido pun sebab..hehehe..aku simpan ‘sebab’ nya…hahahha…

chop..nak selitkan lagu tema entry ni sket..ahakssss…

http://lirikpopular.com/php/index.php?option=com_content&task=view&id=213&Itemid=79

 

 

 

Dsc00015 hemmm..sepanjang jalan hujan tak ingat..kejap2 langsung kabus tak nampak..kejap2 lebat tahap gaban nyer siap dengan berdentam-dentum..aduhh still jammed jer tak ingat dah malam2 pun still banyak lagi kereta atas jalan..tiba2 aku rasa lapar lak..apalagi berhenti kejap isi perut kat hentian R&R Ayer Keroh makan mee rebus..hehe..selalu aku singgah kat restoran jejantas tapi malam tadi tukar selera lak…ahakssss…tapi lepas tu slow lak perjalanan kan kereta macam semut so apalagi dah sampai hentian R&R Seremban aku berhenti lagi sekali ala just singgah bilik termenung jap..hahaha..

 

 

bayangkan la perjalanan semalam makan masa 4 jam jugak la..so apalagi kan sepanjang perjalanan tu otak aku menerawang ke mane jer kan..ehh walau pun otak aku fikir ke lain jer tapi mata aku still focus kat jalan lagi..tapi biasa la otak tu sentiasa berfikir..macam2 jugak la aku fikirkan sepanjang jalan semalam..yer la dah malam2 celah mane nak nampak pemandangan menarik kan..hahaha…

 

 

hemmm..aku teringat hari jumaat lepas kerja aritu aku angkut anak2 makcik aku seramai 6 orang tu pergi main game kat satu shopping complex tu..(dah janji kan) abis gak la duit k.lis ni ek ntah berapa token la beli..hahaha..(kadang-kadang layan diorang main or ajar diorang permainan zaman2 aku kecik2 dulu..sekarang budak2 moden mana tahu sangat kan yang diorang tau PS2 n internet game la..ada masa layan diorang ajak main mengeja in english or translation..seronok jugak..pastu aku buat ulang tayang lawak nabil macam sengal..hahaha…) dah penat2 tu malam kul 9.00p.m baru aku gerak balik Kluang sorang la kan..

 

berani??? hemm ntah ek..dah terbiasa kot..lagipun banyak kereta atas jalan lagi walau pun dah tengah2 malam kan cuma area nak sampai johor tu dah tak banyak kereta la..dulu pernah jugak aku balik hari biasa jer bukan hujung minggu..mak aii takde kereta kat jalan..lori berlambak..ada la menakutkan jugak tapi buat slumber gaban la..hehehe..ntah berapa kali kena hon pastu ‘high beam’ la..lantak diorang la..

 

515131892_33f9c4e894 bila sorang2 ni..mula la banyak perkara yang teringat kat kepala otak ni…hemmm…satu satu filem hidup aku ni terbayang balik depan mata aku…ups and downs..teringat kawan-kawan dari kecik2 dulu sampai la dah dewasa sekarang ni..hemm..teringat peristiwa pahit, manis, kelat, masam, macam2 la.. tiba2 teringat pulak aku amik cuti semata-mata lost control kan..teruk betul la..merayau ntah ke mane2 jer sorang2 ikut arah tayar kereta nak berhenti kat mana kan.. hebat betul penangan ‘rasa’ tu..hemm..

 

aku cuma wanita biasa..mungkin extraordinary nya hanya orang yang mencari yang mampu melihat..aku suata masa dulu adalah seorang yang naif, dilabel PMT (perempuan melayu terakhir), cakap berlapik, tidak pandai me’laser’, tidak tahu menyakiti, tidak membalas jika orang baling ‘batu’ sekalipun pada aku, tidak pandai bercakap ‘NO’, ibarat ‘just call me n i’ll be there’, lurus, tenang tapi gabra, lemah lembut, mudah simpati, lembut hati, ntah apa lagi aku tak pasti…sekarang??? adakah aku masih punyai semua kualiti itu?? atau mungkin aku telah hilang sebahagian daripadanya?? atau aku telah menambah sebahagian lagi daripadanya?? atau aku telah menjadi seseorang yang berbeza?? atau apa ya???

Advertisements