Tags

, , , ,

Tak Faham…maaf..

162262165_82e17baa17

tak faham

kenapa perlu pilih hitam sedangkan ada putih

tak faham

kenapa perlu pilih sepi sedangkan ada riuh

tak faham

kenapa perlu pilih batu sedangkan ada berlian

tak faham

kenapa perlu pilih ‘laser’ sedangkan ada hemah

tak faham

kenapa perlu pilih kasar sedangkan ada lembut

tak faham

kenapa perlu pilih marah sedangkan ada tenang

tak faham

kenapa perlu pilih benci sedangkan ada sayang

tak faham

kenapa perlu pilih panas sedangkan ada sejuk

tak faham

kenapa perlu pilih sembur sedangkan ada jirus

tak faham

kenapa perlu pilih serang sedangkan ada damai

tak faham

kenapa perlu pilih tempik sedangkan ada diam

tak faham

kenapa perlu pilih masam sedangkan ada senyum

tak faham

kenapa perlu pilih sendu sedangkan ada tawa

tak faham

kenapa perlu pilih kaku sedangkan ada bicara

tak faham

kenapa perlu pilih sakit sedangkan ada sihat

tak faham

kenapa perlu pilih sempit sedangkan ada luas

tak faham

kenapa perlu pilih jauh sedangkan ada dekat

tak faham

kenapa perlu pilih jahat sedangkan ada baik

tak faham

kenapa perlu pilih rumit sedangkan ada senang

tak faham

kenapa perlu pilih negatif sedangkan ada positif

tak faham

kenapa perlu pilih pada pilihan yang tidak mahu dipilih

kenapa perlu pilih pada senarai jawapan yang langsung tidak tepat

apa guna memilih jika degil tega pada satu pilihan

apa guna memilih jika ruang pilihan tidak ada

apa guna memilih jika teguh berpegang pada pilihan usang

tak faham

ya benar kita punya pilihan di tangan

apakah emosi atau rasional yang kita gunakan..??

ya memang tak faham……

********

162262162_e70df4d04c_s #hemm..mencuba memilih step forward than step backward…memilih realiti dari fantasi….memilih akur pada kekurangan dan kelebihan dari degil membuktikan dengan jerih…

memilih menghulur tangan walaupun ditepis..hemm.. memilih sediakan jaring walaupun dikoyakkan.. memilih mengukir cantik walaupun tangan sendiri tergarit.. memilih mewarnakan indah walaupun muka sendiri tersimbah cat.. asasnya memilih memberi walaupun tidak diterima…hemmm…

maaf jika tersusun kata yang pedih…maaf jika terkeruh yang jernih..maaf jika terusik pada tangkai yang rapuh..maaf jika tersedak..hanya pemikiran masa senggang yang kosong..

Advertisements