Tags

, ,

Darin Nadhifah: Mama, Darin tanya sikit boleh?

Aku: Apa dia? tanya je la.. (aku senyum..)

Darin Nadhifah: Mama, jangan marah ek?! (Darin sengih..). emm..mama nak tahu tak..tiap-tiap tahun Darin paling tak sabar tunggu tarikh 17 Julai..bukan je sebab Darin ‘share’ sambut ‘birthday’ dengan mama tapi yang Darin suka sangat bila dapat ‘birthday’s letter’ dari mama dan daddy..Darin lebih ‘excited’ nak baca surat-surat tu dari ‘birthday’s present’ yang lain…hehehe…

Aku: ala, Darin saje je nak ampu mama dengan daddy ek..? ni mesti ada nak minta apa-apa ni?..

Darin Nadhifah: Betul la mama, Darin cakap ikhlas ni..hehe.. Tak kisah la surat tu pendek ke panjang ke Darin tetap suka. kadang-kadang boleh memberi semangat pada Darin jugak..

Aku: Kalau macam tu, boleh tak darin bagi mama baca surat yang daddy bagi pada Darin semua tu? Mama pun nak juga baca kalau dapat beri semangat kan.. (senyum lagi..)

Darin Nadhifah: opppsss..yang tu tak boleh la mama.. kan Darin dah janji dengan mama dan daddy..semua surat yang mama bagi dan daddy bagi tu hanya untuk bacaan Darin je kan..hehe..Takpe mama, darin dah simpan elok-elok semua koleksi surat-surat tu, nanti bila Darin dah kahwin, baru la Darin bagi kunci peti besi Darin tu..hehe.. baru la surprise sikit pada mama dengan daddy kan..yer la nanti bila mama dengan daddy sunyi Darin takde boleh la baca surat-surat tu kan..?..hehe…

Aku: hemm..pandai Darin yer.. comel anak mama ni macam nama dia jugak kan..tak silap la mama bagi nama Darin Nadhifah kan yang maknanya bunga yang bersih..eh, tadi Darin kata nak tanya mama kan, ni dah cerita lain pulak..apa dia yang nak tanya tadi?

Darin Nadhifah: Mama, banyak dah cerita mama kongsi dengan Darin tapi mama tak pernah pun cerita detail kisah mama dengan daddy dulu? daddy pun tak pernah cerita apa-apa pada Darin..sikit-sikit tu ade la tapi Darin nak dengar cerita yang lebih spesifik lebih telus, boleh tak mama?

Aku: Darin, sayang..dah petang ni, jap lagi daddy dah nak balik.. kita mandi siap-siap dulu nanti maghrib berjemaah dengan daddy..lepas tu, daddy janji nak belanja Darin dengan mama ‘dinner’ kat luar kan.. dah jom, masuk..

Darin Nadhifah: Ala..mama ni tak aci la..saje je tukar topik kan.. ok la, lain kali Darin tanya lagi, masa tu mesti mama wajib jugak kena jawab tau.. (Darin tarik muka buat-buat merajuk..)

Aku: Ok sayang..nanti sampai masa yang sesuai mama cerita la kat Darin ya.. (terus tersenyum..)

-Paused-

*******84358516n00

MUNGKIN NANTI (peter pan)

Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Chorus
Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri

Advertisements