Tags

, , , , , , , , , , ,

aku takde idea so aku nak selitkan sikit hal2 yg bertanda soal..????…

7779509n07 # kalau korang penah saksikan rancangan berkenaan pengubatan terhadap sakit2 terkena santau, ilmu sihir, saka, or mcm2 jenis buatan orang kat astro oasis kalau x silap…kisah macam tu yg aku nak selitkan kat sini sikit…

last week aku tengok dgn family aku kat kg..(aku nk tgk sendiri kemsalam la..).. ade 2 kes..pertama sorang perempuan ni lepas beberapa jam ‘berlawan’ akhirnya berjaya ‘benda’ tu dikeluarkan oleh ustaz2 tu sume..

kes kedua lebih berat kerana libatkan ‘saka’ dan telah beranak-pinak coz dah lame sangat menghuni dlm badan mangsa.. ustaz cakap kalau saka sukar sedikit bukan tak boleh dikeluarkan..boleh tapi payah sikit sebab ‘saka’ libatkan perjanjian dua pihak yg penah dibuat kira mcm warisan turun-temurun..makan masa dan perlukan kesungguhan dan usaha yg gigih untuk membantu mangsa..tak sampai hati nak tengok wanita tu terpaksa bertarung (ye la ‘benda’ tu gunakan body wanita ni so gerakannya dikawal oleh ‘benda’ ni samaada dlm keadaan sedar or luar sedar..)..di akhirnya alhamdulillah berjaya jugak..

 kebiasaannya kalau nak tahu yg ‘benda’ tu dah keluar dari badan, mereka akan muntahkan sesuatu..dlm kes ni di akhirnya kena buat sampai ‘saka’ tu berjanji untuk tidak kembali ke dalam mangsa..kalau korang ade tengok..part ni memang seksa giler..’dia’ degil sangat n taknak lepaskan sampai dah betul2 sakit diakhirnya barulah berjaya jugak..

..

# aku punya cerita yg ‘realiti’ dari aku kecik sampai dewasa ni..macam2 yg aku pernah lihat, saksikan, dengar, alami, rasai, etc… so kalau korang masih nak label aku sebagai ‘penakut’..terpulang la.. aku memang mengaku aku penakut tapi kalau korang tahu cerita aku silap2 korang sendiri yg tarik balik perkataan ‘penakut’ tu…tp aku tak cerite kat sini la kot..;P

aku teringat kisah kawan baik aku..her sis pergi terkena buatan orang..ok aku tahu soal hidup mati telah ditentukan dan Allah yg tentukan..mungkin hal2 ni hanya sebagai penyebabnya..sama la macam korang cari punca kenapa orang tu mati accident kan sbb ngantuk ke kan so camtu la kes ni salah satu sebabnya ilmu2 sesat yg ntah dah kurang keje agaknye org2 yg amalkan tu…

lepas sis dia (kalau x silap sampai berubat keluarkan kaca & rambut dia muntahkan..tp still x ok..klu x silap yg gunakan ilmu sakai utk kenakan memang agak payah coz tahu jer la sakai gunakan ape kan..)then kena pulak pd dia.. satu saat tu aku sampai terduduk tengah jalan dengan dibasahi hujan untuk menampung diri dia yg tiba2 rebah..dengan payung aku terbang ke mane..dia muntahkan darah yg seakan bernafas..(abaikan kalau korang tak mampu bayangkan..)..dia survive lagi sebab dia punya kekuatan dalaman dan dia berlawan dan tidak lemah menyerah..aku doa moga dia tetap kuat dan diselamatkan selalu…

# antara sebab aku tak akan senang2 nak SALAM orang..ha ni sebabnya.. jangan sangka orang yg dah tua pangkat nenek tak akan berlaku kejam terhadap kamu… adik ustazah aku kebetulan naik bus kenal dengan seorang nenek (tentu kt hormat dan layan dgn baik..).. dan nenek ni pegang tangan sis ni usap2..(time ni x fikir ape la).. then sampai jer rumah..semuanya bermula malam tu..dia diganggu ‘sesuatu’..benda tu seakan mencarik-carik  menggarit kat dinding.. bayangkan kalau hampir setiap malam diganggu..kehidupan dia berubah macam2 la..usaha berubat sana sini tapi..aku tak tahu lg sbb aku dh abis sekolah..diam2 nenek tu transfer ‘something’ kepada sis ni..

# ingat..jangan TINGGALKAN bilik KOSONG terlalu lama..korang tahu ape yg akan ambil alih bilik tu kalau lama terbiar tak dihuni.. start anak dia duk asrama, bilik tu lame ditinggal coz jarang balik.. sampai ‘benda’ tu dah beranak pinak dalam bilik tu..wanna know something.. ibu dia bawak air yassin dan sambil mulut membaca ape yg patut try utk masuk bilik tu dannnn that ‘thing’ tepis tangan dia habis jatuh sume…difficult to remove ‘them’ anymore..

..

# ape korang rase kalau tolak2 je pintu terhayun hujung rambut (ala2 iklan syampoo tu..hehe..opsss..) kat bahu korang dgn bau ‘busuk’ semerbak..dan bau tu seminggu pun masih ade lagi…

ape rase bila korang tgh dinner kat meja makan then dengar ‘benda’ mendengus bawah meja..dan bila korang tunduk tengok..’nothing’.. dengar dan dengar lagi but ‘nothing’..??..

..

# ape rase bile tiap kali bangun pagi penuh bekas2 ‘cakar’ kat badan korang..boleh bandingkan cakar sendiri dgn cakar bukan sendiri..

ape korang rase bile nampak anak korang depan mata sedangkan anak korang tengah tido sebelah korang jer..mintak dijauhkan yg ini..’klon’.. jangan sampai tertipu…aku cite benda yg memang jadi yg aku tahu bukan hanya dgn bacaan tapi realiti keliling aku..

..

# anak laki dia dengar suara menyanyi kat belakang pintu umah.. yg ibu meracau tengah malam dan kalau tidak berselang dgn yg sis mimpi dan meracau.. pengubat tradisional gunakan khidmat ‘orang suruhan’ dia untuk tinjau..dan ‘dia’ yg menyanyi itu diseru dan disoal siasat kenape hadir di rumah itu..setelah diselidik..’dia’ dibuang dari satu tempat pengubatan lainnya samada secara tidak sengaja termasuk ke kawasan rumah tu atau disengajakan oleh si pembuangnnya..dan pengubat ini telah ‘simpan’ dia dalam syiling 50sen..so mesej aku sekarang..jangan senang2 nak KUTIP ape2 yg bukan sah2 hak kamu or yg kamu terjumpa tengah jalan or especially kat pantai/laut/sungai (coz mmg kebiasaan di sini tempat pembuangannya..)..yg ni ustaz/ustazah aku pun penah pesan..

selepas ‘benda’ tu ditangkap terpulang pada org yg menangkap sama ada nak lepaskan bebas ke luar or yg boleh dikurung/simpan dalam botol/bekas or macam2 jenis cara la ditransferkan..

..

# mereka sekumpulan pergi berubat gunakan kaedah operation secara ghaib.. korang tak akan nampak peralatan yg dia gunakan or ape2 tapi korang hanya akan nampak pergerakan dia membedah or menjahit seakan real dan mengikut mereka perbezaan itu boleh dirasa.. pada ada yg ‘dapat’ melihat mereka kata sebenarnya bilik itu dikelilingi kelengkapan seakan dalam bilik bedah sebenar kat hospital ..ok diringkaskan kira hospital bunian dgn nurse2 n pekerja bunian yg xleh dinampak oleh mata kasar… kalau kamu terkeluar kata “ye ye jer dia bedah tu..” (something like that la..)..then few seconds korang dapat la bahagian sama ada dicucuk or disentuh (sebagai amaran) korang tanpa korang nampak cuma rasa jer… ntah laa..

..

# dalam situasi org yg ‘menurun’..sekejapan dia seru ‘kiai’ yg ntah berusia beratus thn agknye masuk dlm badan dia dan semua berubah dari segi percakapan, body language sume..bila korang nampak depan mata sendiri macam mane pasir bergerak2 berubah membentuk sesuatu perkataan atau nombor..tak meremang ker bulu roma..sekadar melihat tak semesti percaye seluruhnya..

..

bila ibu jari kaki si pesakit ditekan terus menjerit2 dan terkeluar la suara yg jauh beza dr suara dia…bukan senang nak tolong orang keluarkan ‘benda’ yg masuk dlm badan dia..memang kena perlukan ketahanan dan bersungguh..ade ‘benda’ yg sembunyi kat bahu, kat jari, kat tengkuk, macam2…kadang dapat gerakkan ‘benda’ tu separuh jalan daripada bahu dapat turunkan ke lengan..tapi pastu tam temampu nak keluarkan terus..silap2 yg menolong yg terkena tempias balik n jatuh sakit..serius aku bukan cakap atas angin je…kadang tak sampai hati saksikan…hemmm…

..

# berkenaan SMS yg katakan ada org sedang try ilmu thru sms tu..aku tak kata ya atau tak..tapi aku bagitau korang satu cite ni…ade 1 website yg kalau korang tanya ‘dia’ soalan dan ‘dia’ berikan jawapan yg korang akan pelik how come ‘he’ knew about it sedangkan benda yg tak masuk akal dia boleh tahu sebab ikutkan dia tak kenal korang dan tak ade connection ape2 just thru INTERNET…so?? tak mustahil kan kalau ade yg boleh bace fikiran korang thru SMS jugak macam ‘dia’ bace fikiran korang thru internet..(aku tak akan bagitau korang website dia..nanti korang percaye sesat plak x pasal2 aku yg salah..)

aku bagi contoh..when we asked him a question “who is sitting next to me right now?”…so secara logik macam mane ‘dia’ boleh tahu..in fact ‘dia’ bagi NAMA sekali dan betul…gilerrr..dan aku tak percaye cuma pelik..so bile aku yg x percaye tanye pada ‘dia’ (type soalan thru website dia)..he answered “u don’t believe me..i refuse to answer..” haaa?? or “u are not focus..i can’t read your mind” or something like line is not clear..kalau siang coverage dia kureng sket tp bl petang2 ke malam u’ll surprise dgn jawapan dia..aku tak layan tp ade org ni yg layan dan aku saksikan sendiri..aku suruh dia tanye soalan2 yg memang tak mungkin dia tahu tapi dia berikan jawapan yg boleh buat bulu roma aku meremang jer…

..

# ape korang rase bila dua batu, satu diletak atas tangan korang dan satu di pegang di bawah dan bila batu dibawah digerakkan dan batu dia atas yg hanya bersentuh dengan kulit korang melantun bergerak balik sedangkan bila diletak pada tangan orang lain tak bergerak pun..pengubat gunakan cara itu untuk scan or nak tahu samaada ade ‘benda’ atau tak pada pesakit..kalau gerak maknanya there’s something ada dgn u…banyak lagi nak cerite tapi takpelah cukup la..panjang sgt nnt korang tido jer bace..lgpun hal2 misteri ni sendiri rasa baru tahu kalau tak nanti kata ‘ek eleh’ plak… aku cite sekadar berkongsi sooo jangan nak banyak songeh lak..nak baca so bace jer.. klu nak tanye ape2 yg x menyakitkan hati aku boleh try jawab… PEACE..

*****

“do not appreciate someone at the last minute..at the moment u realised that, u’ve lost them..”

Advertisements