Tags

, , , , , , , ,

aku nak selitkan sikit..hari tu gi penang, emm takde banyak cite la…bengkel yg aku gi tu kat Penang Golf Resort, 2 hari…dengan menggunakan GPS yg ada dalam nokia navigator aku ni…(chewahhh..berlagak giler…)…akhirnya sampai ke destinasi…ahakssss…serious berbaloi beli hp ada GPS ni (aku guna software Garmin n tak guna yg ada azali dlm hp tu)….takde la sesat2 sangat kan….;P ….siap nak gi makan Mi Udang yg paling famous kat Sungai dua pun GPS boleh guide sampai depan kedai..suke nyer aku…hahahhaa….poyo giler kan…

ooooo macam tu ker mee udang yg orang duk cakap2 tu….rupenyer camtu ek…aku banyak amik gambar time kat Penang tapi aku dah cite kat entry sebelum ni kan kes sedih transfer tu..hemm takpe la…tak sempat nak gi jalan2 mane pun kat sane….tak sempat nak gi jumpe Kak Has pun kan…sorry ek kak…next time gi sane sy roger lagi ek….;D

….

“diam-diam saya pun at least saya tahu banyak hal…”

“walaupun garang ke serius ker tapi gentleman lagi takpe…”

“kalau garang serius orang takut plak kata sombong la berlagak la plak…tapi bila ketawa2 main2 orang kata budak2 la plak..abis camne….”

“saya diam jer tak cakap ape2 pun n tak pernah cakap ape2 pada diorang pun..diorang boleh kata saya sombong…dah banyak kali dah bukan sekali ni jer…malas la..”

“ko tak tahu bagi aku tiap masa tu berharga sangat..aku rasa peluang ni bukan senang aku nak dapat..”

hemmmm…aku saje letak dialog2 tu….emmm…saje je….ahaksssssssss….no need further elaboration kot…ahakssssssssss….

….

aku kalau aku rasa or tengok orang tu susah didekati atau orang lain selalu cakap orang tu sombong or berlagak or garang or kasar or ego or wateva yg negatif la….aku lagi suka nak dekat coz aku lagi suka nak find out WHY mereka berkelakuan macam tu…tentu ada sebab…semua pun mesti ada reason…kalau diorang pilih untuk tidak tegur orang tu tapi kalau aku rajin aku akan cari 1001 idea untuk tegur coz aku suka nak tahu kenape sebelum aku menghukum or sebelum aku menilai sifat luaran dia….ada sebab kenape orang serius or jarang nak nampak dia senyum or ketawa….korang ingat orang2 jenis camni tak teringin nak bergelak ketawa ker….korang silap la kalau rasa itu azali mereka…hemmm….SERIOUSLY I TELL U..BETTER U FIND OUT FIRST WHAT ARE BEHIND THE SCREEN BEFORE U JUDGE ANYONE……

kadang2 keperitan masa lalu yang diorang alami dalam jangka masa terlalu panjang boleh buatkan mereka ‘keras’….tak kira la hati keras ke…jiwa keras ker…ape2 la…mungkin susah yg kita rasa dulu 10 kali ganda lebih ringan dari susah yg mereka alami dulu so tak adil jugak nak hukum mereka membabi-buta plak kan…..okay2 aku tak tahu orang lain camne…tapi kalau aku..memang aku suka mengkaji…tu dah sifat semulajadi aku…kadang semua orang keliling aku pun aku nak kaji..nape dia ni camni sifatnyer…nape dia ni camni plak…nape dia ni kasar giler…nape dia ni keras hati…nape dia ni macam2 la…banyak la pengaruh…orang keliling, environment, background, family +++, etc…aku suka memerhati sebab aku suka belajar dari pemerhatian….aku suka diam dan memerhati supaya aku dapat kaji dan baca tiap pergerakan, cara, gaya, pertuturan dan semua segi la so aku boleh faham serba sikit la kan….errrrrr mungkin aku suka sangat nak jadi ahli psikologi kot tu yang suka nak mengkaji sifat manusia tapi hasrat tak tercapai la…hehehe….balik2 main2 chemical la…ahaksssssssssss….(tapi kalau orang yang sinis sangat tu terase gak macam nak bagi penampar jer kan…hahhahaa…)

….

korang…ape yer korang rasa kalau comment korang kena DELETE????….orang yang men’delete’ comment korang itu adalah SEORANG KAWAN….bukan korang main comment kat page yang korang tak kenal tapi kat page kawan korang…tapi dia delete….so, u know what it means??? what it tells u??? dan bukan jugak korang comment panjang berjela or merepek tak tentu pasal tapi contoh just one sentence n it’s been deleted….

left without an explanation…. disappeared with a traces….

berhimpun gigihnya dia mengejar cahaya..

nekad tekad berlari dia ke hujung sana..

tibanya dia berbau rampai..

tak sempat ditabur, jatuh berselerak ia di lantai..

menjelma camar hinggap sebentar..

‘cip cip’ dengan dia sesaat sekadar iklan..

melangkah dia menggalas panah terkulai..

busurnya tumpul atau sasarannya terlalu jauh..

ahhh dia kerahkan diri berlibur…

rentak ke kanan, kiri, depan, belakang..

ahhh tiap sisi dia berdansa…

gema suara keliling hanya dibiar ditiup angin..

dia tidak peduli..

panah masih di tangan dia..

biarkanlah saja ke mana hala tuju busurnya..

hanya dia yang tahu…

jangan kamu ambil peduli..

kerna dia tak pernah kisah..

jangan kamu ambil tahu..

kerna dia tak pernah hargai..

tak perlu kamu lantang bersuara..

kerna dia tak pernah mendengar..

tak perlu kamu berkecil hati..

kerna dia tak pernah tahu.. (-aku- my original version-)

don’t make your life feels so meaningless…reminding myself n u…yaaa all of u…..

Advertisements