Aku type ni lepas saksikan MELODI TV3..babak interview Abby Abadi tentang sensasi Norman hakim tu…..dan mata aku masih ada sisa-sisa air mata lagi,…masih basah lagi…nope aku rasa bukan aku yang terlalu emosi tapi aku rasa ramai jer yang lain yang menangis sama macam aku kot….ok ok aku tak nak elaborate panjang pasal tu coz kedua-dua mereka bukannyer ahli family aku or jiran sebelah rumah aku pun so aku tak kenal diorang secara realiti…tapi mungkin aku memang secara tak sengaja mengikuti dunia hiburan tempatan serba sikit…

….

Aku jugak tadi sempat saksikan “I’m Not Single” lagi kat astro….aku tak kisah kalau pengkritik kata cerita tak berkualiti or wat so eva…pedulik ape aku…yang aku tahu kalau ada babak2 yang menarik so aku layan jer…aku Cuma nak cari mesej dia jer…kadang aku pelik camne la kualiti sesuatu ‘story’ itu ditentukan coz kalau technical part aku tahu la boleh nampak boleh nilai…tapi kalau dari segi cerita aku rasa tiap cerita punya “point” n objective n mesej nak disampaikan…

Aku berair mata jugak la time babak 20mins akhir tu….yang adam (farid kamil) bagitahu pada Dani (Awal) tentang rahsia2 Maya…syahdu giler…tersentuh hati kalau dapat suami camtu kan…hemmmm…

 

“…bagi saya isteri saya lebih berharga daripada kereta saya….saya lebih sayang isteri saya…”

(hemmm saje aku letak dialog ni kot la ada lelaki2 yg giler kereta tu baca boleh la buka hati sikit kan…hahaa… supaya tak lebihkan kereta dari isteri sendiri…)

…..

 

“…adam, saya tahu awak dah cuba jadi seorang suami yang baik tapi saya nak awak tahu…saya tak ada perasaan cinta, kasih atau sayang pada awak…saya kahwin dengan awak atas sebab pilihan keluarga….saya dah ada kekasih dan kami dah merancang untuk kahwin…”

…..

 

“aku sempat jadi suami dia..hidup dengan dia..aku tahu satu hari aku terpaksa juga lepaskan dia pada kau…dan banyak yang kau perlu tahu pasal dia..banyak sangat…pertama, kau perlu selalu ada di sisi dia sebab dia sangat perlukan perhatian walaupun kau rasa diri kau macam tak diperlukan tapi sebenarnya dia perlukan kau..kedua, kau jangan tidur selagi belum pukul 3 pagi sebab dia selalu mengigau pada waktu2 tu…ketiga, kalau dia tipu kau sekalipun, kau iyakan jer sebab sebenarnya dia tak bermaksud nak tipu kau tapi dia mungkin nak jaga hati kau..keempat, jangan sekali-kali kau baca diari dia sebab dia tak suka orang baca diari dia walaupun dia sendiri yang letak bersepah-sepah..kelima, kalau beli barang dapur, kau biarkan saja dia pilih ape yang dia nak…keenam, kau jangan terkejut kalau dia buat sempadan dalam rumah nanti,…blablabla…dan akhir sekali…kau tolong jaga dia baik-baik…”

 ….

hemmm…aku cuma rasa farid kamil berjaya tuturkan dialog2 tu dengan baik sekali…sampai tersentuh aku….walaupun aku tak berape suka lakonan heroinnyer…tapi boleh la…;P

….

Advertisements