Tags

, , , ,

emmm…kepada pengunjung blog ni (kalau ada pengunjung la kan..)….aku tak pasti kalau ni entry last sebelum aku berangkat ke indonesia 1hb ni…hemmm…seminggu la blog ni akan sepi…aku bagitau awal2 yg aku pergi sana selama seminggu so kalau ada yang ‘terindu’ kat aku ker or ‘tercari-cari’ aku ker tak la termenung kan…errr aku sebut ‘KALAU’ yerr…tapi hakikatnya takde sape pun rindu kat aku pun…ahaksssssssssss…..ala lagipun aku tulis blog untuk kepuasan diri aku kan….cuma pada kawan2… aku yg rindu ngan korang nanti ade la…ahakssssssss….;P

errrr tapi sorry awal2 ek…budget pun x seberape jadinya maaf yaaa kalau tak bawak balik ole-ole…mama pun cakap kat aku tak payah beli ape2 utk mama n ayah, mama cakap baju yg banyak2 aku belikan utk ayah pun tak terpakai lagi….hehehe…;D cuma adik aku jer pesan macam2…dia pesan mesti bawak balik some thing utk dia…kalau tak baju, kasut ker…hemmmm….

aku akan melaram pakai skirt labuh ‘ala-ala’ nanti kat sana (tu pun yanie yg bg pinjam coz bg meringankan beg aku takyah bwk jeans…hehe…)…cantik skirt tu…takpe nanti aku amik gambar posing2 aku letak kat sini…(hellooo kan subjeknya skirt so aku nak tunjuk gambar skirt tu jer bukan gambar aku pun…ahaksssssss….)….aku bawak jeans sehelai jer…hahaha….aku dah bagitau diorang semua jangan tegur kalau perasan aku pakai jeans yg sama jer…hehehee…baju bwk sikit kononnya nak shopping beli kat sana la…yer yer ooo jer….;P

….

..hati dibawa terbang..

..hati dibawa terbang..

aduhhhhhh….dah dekat hari nak bercuti, time ni la keje bertimbun giler…tak cukup kaki tangan, tak cukup nafas dibuatnya…..aduhhhh berselerak meja + bilik tu….hemmm balik nanti kena operasi besar2an la jawabnya…hemmmmm…..kena tengok cara kerja orang2 di UGM nanti…tu pesan bos aku…kot la ada yg boleh dicontohi di uni mereka nanti….;D  bagaimana yer malam ‘dinner’ dengan mereka nanti…hemmmm….nak pakai baju ape yer….mmmmmm…..

….

pagi tadi aku terbangun lambat…sangat lambat…aduhhhhhhhh….dan aku takde pilihan melainkan capai jubah ala-ala meriah gitu macam nak gi dinner la plak…(aku cuma pakai time raya jer…errrr tapi memang cantik…chewahhh…dah diorang semua puji jer,…cantik la kan?..hehe,,,nanti aku letak gambar…;D)..aku tarik jubah tu coz tak payah digosok n tak berkedut….teruk betul perangai anak dara sorang ni kan…hehehheee…..hemmm terlambat masa thumb print aku hari ni….oppssss…..

…..

alaaaaaaaa…mama aku ni ade ker patut 1hb dia nak gi Genting ngan kawan2 + ajak adik aku sekali…ala nape tak hari lain bleh aku join…hemmm…takpe la…aku tinggalkan kereta bagi adik aku pakai seronok la dia meround tak hingat la nanti….minyak aku dah isi siap2..hemmm…aku balik sini 6hb sampai dalam kul 11 malam so aku plan ngan adik aku terus amik aku then terus drive balik kampung….lame sikit bleh spend time kat umah kan….;D…..

….

dalam lab aku tu…macam2 ada dah….dah siap lip balm, jelly gum, jem, mask, cream, emmm apelagi ek…macam2 la….silap2 lepas ni buat barang sendiri n pakai sendiri takyah susah2 beli kat kedai…hehehehee….macam dulu buat detergent then pakai takyah beli2 kat kedai dah…sabun basuh sumer…hehehhee….errrr tapi dari segi keselamatan hemmm bila fikir2 takut jugak kerja dikelilingi bahan kimia kan…..macam2 risiko….tadi aku tengok video tentang satu disease yg disebabkan oleh MERCURY…..di mana kat satu tempat tu mereka terdedah pada mercury dan mengalamai ‘shaking’….the whole body shaking…even nak makan nak minum nak tidur pun still ‘shaking’ camne tu…dapat bayangkan…aku ngeri nak tengok video tu tadi time taklimat kat meeting room tadi….hemmm….dan kalau tak silap aku pekerja offshore juga mudah terdedah pada mercury kan?….hemmm….apepun kita semua sama2 la ambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati dalam apapun yang kita lakukan kan?….moga tiap gerak langkah kita teratur dan terhindar dari bahaya…..

….

moga selamat semuanya…..

….

Ya Allah, aku mohon padaMU, moga tidak ‘diambil’ orang2 yang aku sayang dalam masa terdekat ini dan moga juga aku diberikan lebih masa untuk bersama-sama dengan ‘mereka’ dan berjasa pada mereka, mencurah kasih sayang pada mereka, moga ‘kami’ diberikan lebih waktu untuk mengharungi kehidupan di dunia ini bersama-sama…aku mohon dengan sangat….mohon dengan sangat…. moga kami sama-sama mempersiapkan diri dengan ‘bekalan2’ secukupnya bila sampai ‘masa’ ‘bertemu’ MU….amin.

(Ya Allah, aku mohon dihadirkan ‘seseorang’ untuk menemaniku sepanjang perjalanan hidup ini dan ‘cinta’ yg tulus suci…bukan paksaan…..yang tersenyum dan menangis bersama tanpa terlerai ikatan selagi masing2 punya nafas….amin..)

Advertisements