Tags

, , , , , , ,

Trip to Indonesia (Yogjakarta, Bandung, Jakarta) – 6 days…

1 Dec 08 – dalam jam 2.30a.m…kami beramai-ramai berkumpul menunggu bus untuk ke LCCT…lebih kurang jam 3a.m bertolak ke LCCT…pesawat kami jam 7 lambat lagi tapi banyak hal yang perlu diuruskan..ketua rombongan yang uruskan semua….perjalanan ambil masa 2 jam setengah untuk sampai ke airport Solo…. kami ke Solo dulu coz ke yogja takde flight pagi…airport Solo kecil je…turun2 je semua bergambar sakan depan kapal terbang air asia (tersenyum la penyokong2 Man. U kan….waktu sampai dalam 8.30a.m waktu indonesia (9.30a.m waktu malaysia)…

..airbus..

..airbus..

kami disambut oleh wakil pelajar dari UGM (Universitas Gadjah Mada)…terus meneruskan perjalanan ke Jogja dengan menaiki bus UGM (atau bahasa indonesianya dieja ‘bis’…)..breakfast in BOX dalam bus…

sepanjang perjalanan..kiri kanan jalan aku hanya nampak berderet-deret tak putus-putus toko-toko kecil (deretan kedai)…berselang-seli dengan berekar luas sawah padi…pantang ada ruang kosong di celah antara kedai pun pasti ada sawah bendang……yaaa bermacam jenis pertanian…ada padi..ada jagung…ada macam2 lagi….

traffic kat sini..perghhhhh jangan cakap la kan….kira berani mati nyerrr…dengan beca penuh di jalan raya…tambah kereta kuda lagi di jalan raya….dengan motor2 yg sangat la banyak tambah dengan motor2 peniaga yg ada tong kiri kanan…dengan van angkut lagi…..phewwwww…confuse aku driver bus boleh slumber laju je meredah semua tu….jalan pun bukan besar tapi ishhh2 kagum..kagum…hehehe….

view di pekan Solo

kitorang terus ke destinasi pertama iaitu Candi Prambanan…tiket masuk diuruskan oleh wakil2 pelajar UGM so kira dapat rate student sana la (padahal bukan student pun..hehe..) kalau tourist sah2 kena mahal giler…..ada sejarah menarik di sebalik candi ini…tapi panjang ceritanya pasal sorang puteri yg disumpah oleh lelaki yang berhasrat melamar dia…puteri ni letakkan syarat (sebenarnya dia tak suka) suruh lelaki ni bina errr lupa aku berapa biji candi dalam masa satu malam…yg lelaki ni suruh jin2 tolong buat so hampir dah nak siap tinggal lagi satu jer lagi…tapi puteri ni suruh dayang2 dia tumbuk padi menandakan hari dah siang…lelaki ni dapat tahu kerja puteri tu so dia terus sumpah puteri tu jadi batu yang terakhir tu la yg di atas sekali di puncak…lebih kurang camtu la ceritanya…aku ingat2 lupa ni…hehehe…..

Candi Prambanan

setiap dinding batunya ada ukiran cerita tersendiri…ukiran2 bentuk2 yang mempunyai cerita setiap satunya dan berantai-rantai kalau boleh faham urutan cerita dari satu ukiran ke satu ukiran…..

ukiran di Candi Prambanan

mengelilingi candi ini dengan tanah berpasir hitam…banyak yang tak boleh masuk sedang diperbaiki lagi selepas runtuhan akibat gempa tempoh hari….aduhhhh panas yang amat cuaca di Yogja ini menyebabkan majoriti kami menyewa payung di situ….panas panas pun sempat lagi posing…hehehee….

Candi Prambanan

Candi Prambanan

lama juga pusing2 keliling bergambar….keluar jer dari kawasan candi semua penjual2 mengejar mengerumun kami memujuk untuk beli kraftangan2 or cenderahati buatan tangan mereka mungkin….errrr di sini saya tak beli apa2 lagi tapi tunggu di Candi Borobodur nanti…hehehe….balik terus mereka bawa kami lunch di Restoran Ayam Goreng Suharti yang terkenal di sana saya kira coz ada banyak juga cawangannya….nyummm nyummmm sedap tu….hehehe…

Ayam goreng Suharti

kenyang betul makan….nasi di sini semuanya seakan nasi kukus agak lembab2 gitu….yang kelakar bila kami2 order air macam2 terkeluar…hehehe…bahasa sana kan lain dengan kita sikit….ada yang nak air tembikai tapi kalau kamu order melon itu adalah air honey dew….jus semangka adalah jus tembikai yaa…kalau kamu nak order carrot namanya jus wortel yaaa….di sana glamournya jus alpukat (apricot)…emmm macam2 lagi la saya belajar….kalau kamu nampak ‘gratis’ itu maknanya ‘free’…..’apotek itu ‘farmasi’….. 😉

then, kami terus ke Malioboro untuk bershopping ‘batik…..ohhhhhhhh serius masa sejam adalah sangat tak cukup untuk bershopping di sini…berderet-deret kedai2 menjual kain2 ela or baju siap bercorak batik yg sangat2 cantik…serius cantik..kamu pasti crazy n pening untuk memilih tapi awas kamu perlu pandai tawar menawar di sini untuk dapat borong dengan banyak kalau tidak harga yg mereka letak adalah 2 kali ganda…jadi kalau kamu mahu tawar kamu perlu tawar separuh dari harga mereka letak…lepas tu pandai2 la yaaa…hehehe…. saya sempat beli 3 kain ela (4m) batik untuk dibuat baju kurung(uwaaaaaaaa tak cukup…patutnya saya beli 6 terus…hemmm…)…hehehe…coraknya sangat2 cantik….saya bagi mama satu…saya satu dan lagi satu emmmm sedang difikirkan…hehehe…. ;D

ok lepas penat semua…kami dibawa ke tempat penginapan iaitu di Wisma tamu UGM…perghhhh cantik ala hotel..saya suka…hehehehe……rehat di bilik + solat….jam 6.30 berkumpul di lobby untuk bergerak pergi Dinner bersama warga UGM…..alamak aku lupa plak restoran ape ek kitorang makan malam tu…bestttt…lauk bermacam jenis…perghhhh memang best giler layanan dari pihak UGM…kami dihiburkan dengan nyanyian dari band student mereka…besttt layannnnn….ishhhh semua best la……lepas sesi gambar…..on d way nak balik…bus bawak kitorang pusing2 bandar Yogjakarta….bandar ini khas untuk student barangkali…penuh dengan student dan tiada banyak industry…kalau untuk kerja2 perlu keluar ke kawasan industry di bandung or jakarta…lebih kurang camtu la….menarik malam2 di sini…..gerai-gerai makan tepi2 jalan semuanya konsep bersila atas tikar dengan meja jepun tu…ishhhh suka aku tengok…..dengan kain rentang besar gedabak tutup sisi kedai tu semua tiap satunya…..hemmmm…. ;D

balik tidur la kan…ohhh lupa…ok la aku tak pernah gi oversea kan so mane la aku tahu plug diorang semua ni 2 pin jer dah tu takde on/off plak tu…alamatnyer tak ber’charging’ la handphone aku….kena la esok gi beli universal adapter…hemmmm….

Advertisements