Tags

, , ,

kadang2 aku tanya “Why me?”….why?

kadang2 hati aku cakap “This is not what i want..what i really want..”

kadang2 aku rasa “aku nak tinggalkan semua ni..aku nak buat sesuatu yang lain..”

kadang2 aku rasa…”..hati aku bukan di sini lagi..mungkin..”

….

entah kenapa…semangat tu terbang ntah ke mana…

jiwa tu entah berlari kemana..

aku suka kat sini tapi entah..macam ada ‘something missing’..entah…hati aku tak happy..entah aku tak tahu..

mungkin sebab tu, masa aku banyak habis makan angin tak kira la even pusing2 keliling jer….aku hilang mesin kira-kira untuk hitung pengiraan…jadinya, hati yg ambil alih ikut suka…..

….

orang nampak hidup aku macam best jer tapi hakikatnya hemmm aku jer la yg tahu camne….sebenarnya kebanyakan yg berlaku dalam hidup aku banyak lebih kepada ‘luck’…walaupun aku ni jarang giler dapat nombor bertuah kalau gi dinner ke atau cabutan bertuah mane2 tapi bila kaji perjalanan hidup aku..hemmm…banyak rupanya aku dapat cabutan bertuah tanpa perlu ada nombor bertuah…hemmm…. (Alhamdulillah..)

….

 

.calm.

.calm. credit to owner of this photo-take it from google image..

 

ala…macam sedih la plak entry ni..bunyi macam sayu la plak..hemm…tapi nak buat camne dah itu mood aku time sekarang ni…itu emosi aku masa ni…lagipun aku bukannya pelakon hebat kan….apa yg aku rasa itu la yg terpamer pada ekspresi wajah ni….bosan ek?…

sambil2 aku tengok photo2 cupcakes…nyumm nyummm sedap la plak ni yg terasa nak gi beli jap lagi…sedapnyerrrr…nanti hujung bulan depan aku nak tempah banyak2 la cupcakes…teringin la plak…nak tunggu orang hantar hadiah cupcakes kat aku hemmm takde maknenyerrr…(nak buat sendiri satu hal plak nak persiapkan kelengkapan semua tak pasal2 aku berabis beratus so buat masa ni baik beli dulu coz teringin sangat kan…heheeh..)

-lynnhassan.fotopages.com-

-lynnhassan.fotopages.com-

..happy birthday..

..happy birthday..credit to owner of this photo..

sape nak??…hehehhe….member aku pernah tempah kat kak lynn ni n ok best siap tempah ala-ala padang bola+pemain bola dengan jersi man.u lagi…menarik…. đŸ˜‰

….

aku tanye member aku “…ape kriteria yg kau cari ek…yang 1st ko tengok pada lelaki n yg kira terus menyentuh la yg boleh buat kau suka pada lelaki tu?”

dia jawab..”1st aku suka yg cool…yg boleh ‘jinakkan’ aku kira boleh betulkan aku sound aku bila aku silap yg boleh tundukkan degil aku ni…coz aku dah terbiasa independent so dah biasa buat semua sendiri..then lepas tu kedua baru aku tengok chemistry…”

ok….then aku tetiba cakap… “..aku suka lelaki yg tahu sentuh ‘soft side’ wanita..maksud aku yg tahu buat sesuatu or katakan sesuatu yg mampu sentuh hati perempuan…(hati perempuan ni nampak jer lembut tapi ‘keras’ sebenarnya kat dalam ni kalau yg jenis macam aku la…)….susah nak jumpa camtu coz lelaki ni kebanyakannya ego jer selalu nak tunjuk ego lebih jarang nak jumpa yg yer la ‘lelaki’…”

“..sebab tu aku suka ‘dia’….tapi sekarang ni aku rasa…emmm…memang la aku suka dia..kalau boleh memang la nak hidup dengan dia..tapi aku sedar diri..dan aku rasa even kalau dia cakap pada aku yg dia suka aku sekalipun mungkin aku tak terima..aku rasa aku akan tolak…sebab aku rasa lifestyle dia dan lifestyle aku jauh berbeza…”

lain la kalau macam Mr.Drover & Ms.Boss(Darwin) dalam ‘Australia’ tu…even lifestyle jauh giler berbeza tapi ‘cinta’ mereka ‘kuat’ di akhirnya itupun lepas impak peperangan yg buat masing2 lebih tersedar tentang soal ‘kehilangan’…..

“…hati kau kosong..hati kau tak ada cinta..kau takut dengan keperitan..kau takut terluka lagi…sebab tu kau tak bagitahu yang kau cintakan dia bukan?….”

errr sah memang aku tak ingat dialog sebenar dia macam mana…tapi lebih kurang la yg nak sampaikan pointnya…dia takut terkecewa lagi lepas pengalaman lepas kehilangan isteri tersayang…jadinya dia takut untuk sayang+cinta wanita lain dengan dalam…dia takut untuk suarakan…dia berlagak ego dan tak peduli…tapi rupanya hati dia menangis bila dia lari jauh…hemmmm…..sebab inilah aku lagi tambah suka cerita ‘australia’ ni…aku suka impak2 yg dia berikan pada emosi dan hati….yup..i’m that type of person….aku yg crazy pada pengucapan dialog2 yg ‘menyentuh’ soft side aku as a woman….

so….kalau tak nak terpengaruh lebih..jangan tengok movie or cerita TV dengan aku coz korang akan terima tempias impak kesan2 khas dari aku…ahaksssssss….aku boleh jadikan cerita itu ‘real’ n kalau dari korang tak takut maka aku jadikan takut kalau korang tak terkejut aku jadikan terkejut n buat jantung korang berdegup…well, yaaaaa aku wanita yang penuh emosi……….. đŸ˜‰

Advertisements