Tags

,

.by rawlay-flickr.

….

.by rawlay-flickr.

….

happy new year…hemmm…2009…

Ok aku lupakan jap pasal Tahun baru…coz aku nak cerita ‘misteri’ sikit kat sini…. Yaaaa…jangan biarkan diri anda diselubungi misteri…hemmm… what if that ‘mystery’ come to u without any signal….hemmmm….of course la takde signal coz nama pun misteri mesti la main terjah je spontan….can’t avoid it huhhh?!…

..

Aku habis kerja lambat semalam tapi aku dah memang plan nak balik kampong lepas balik kerja…so balik rumah siap2…aku gerak lepas maghrib….macam biasa la, aku pun memang selalu balik drive malam2 sorang2…yer la dah balik kerja kul 5 so sah2 la perjalanan mesti malam nyer…malas nak tunggu gerak pagi esok coz aku nak spend masa lebih kat rumah…tak nak bazir masa yg ada…hehehe…

Perjalanan smooth jer takde accident yg aku jumpa sepanjang hiway PLUS arah selatan….aku berhenti makan kat hentian jejantas ayer keroh…lapar dah plak perut ni…hehe…teruskan perjalanan lagi…. Errrrrrrr……..

‘apa tu??????????’ 

‘aduhhhhh…..ada lagi la plak ‘benda’ ni…..dah la jauh lagi nak sampai tol ayer hitam…..camne nak buat ni????’

…..

Aku hanya berkongsi cerita tapi terpulang pada pandangan masing2….lantak korang la nak kata apa…yang alaminya aku dan yang rasanya aku jugak…..this is not the first time…

Bila mula masuk kawasan Johor….hemmm aku tak pasti mungkin mula dari area Tangkak kot….. ‘THAT THING” appeared…..aku perasan ‘IMEJ’ hitam tu dari side mirror kereta….ahhhh sudah…apehal plak la benda ni…asal jangan ganggu aku sudah….tu yg bermain dalam otak aku….jangan cuit aku or jangan bunyi ape2 or jangan bau ape2 sudah….

Ok buat pengetahuan, yes aku mengaku aku memang penakut….tapi selalunya aku tak tahu kenapa dan dari mana ‘berani’ itu datang dalam diri…mungkin sebab aku sorang2 so kalau kita sorang2 dalam situasi yg menakutkan macam mane sekalipun kita spontan akan beranikan diri jugak kan?coz kita takde sape2…alone…so nak tak nak kena berdepan sendiri kan….

Aku mula speeding tak ingat….coz aku kena kejar kereta2 lain supaya aku berada depan kenderaan lain so lampu2 mereka akan terang menyuluh kereta aku so aku kurang takut…coz ‘benda’ itu hanya muncul bila keadaan gelap…bila hilang cahaya lampu jer…zuppppppp…benda tu muncul kat seat belakang…so tak seriau ke namanya tu???? Kalau korang pernah tengok filem Jangan Pandang Belakang…so korang tahu kan macam mana perasaannya…haaa macam tu la dia duduk kat tepi belah kiri seat belakang tapi kes aku hanya berbentuk lembaga hitam….so takde makne la aku nak meneliti cermin nak tengok rupa dia plak kan…ade aku terkujat pengsan kat situ karang tak pasal2 kereta terbabas ke tepi plak kan…so bila time aku nampak je imbasan kat cermin t uterus aku kedepankan badan rapat ke stereng supaya aku tak nampak cermin n aku speeding giler memang giler aku tengok meter cecah 140…aku tak pernah lebih dari 120 sebelum ni…hemmm…aku tahu mesti driver lori tu pelik coz dia laju potong aku then aku potong dia balik tapi aku stay kat depan lori dia….coz lampu dia besar dan dia bawak laju boleh tahan so aku boleh la stay depan dia dengan kelajuan coz kalau kenderaan lain makk aiii bawak makan angina takkan aku nak ikut maunya kul 12 aku tak sampai umah lagi kan…

Aku dah siap pasang radio IKIM  dan mulut aku pun kumat-kamit baca macam2… sampai kawasan cerah area Pagoh…aku rasa nak brehenti tepi jalan jer tapi takpe teruskan…aku call ayah aku mintak dia n adik aku tunggu amik aku kat to layer hitam…at least sampai tol adik aku boleh bawak keta naik ngan aku nak sampai umah… tapi tahu tak berpa jarak dari pagoh nak sampai to layer hitam tu…ya ampunnnnnnnnn ada aku rasa macam nak terjun keluar pintu keta jer…….

Hari tu ingat tak aku cerita masa balik dari Indonesia terus direct dr lcct balik ke kampong so masa tu lalu area johor dah dekat kul 3-4 pagi…n bila benda tu muncul time tu adik aku tidur….tangan aku dah pegang adik aku….sampai pagoh aku bagi adik aku bawak……aku dah tak nampak cermin so aku tidur n tak nak fikir ape2….aku ingat Cuma hari tu jer ‘benda’ tu nak tumpang naik jap kot sampai hentian mane2 ker kan….tapi bila jadi 2nd time…ni yg rasa tak senang duduk…. Terpulang kalau korang nak kata pantulan cahaya ker or imaginasi aku ker or perasaan aku ker..lantak la…jadi pada aku so aku tahu mana bezanya…macam aku kata ini bukan kali pertama….dulu time kat asrama pun pernah aku nampak lembaga hitam siap full bentuk lagi tapi kecil ala2 macam budak2 tapi hitam semata tapi berbentuk terjun dari atas katil…biasa kalau hitam camtu ‘jin’….

Entah la asal jangan kacau aku n tak buat apa2….aku boleh bertahan lagi…tapi kalau dia cuit jer bahu aku, ada aku rasa macam nak terjun tingkap keta jer….ok ok….biasa la kalau ada benda2 camni kita jumpa orang2 yg punya ‘ilmu’ tapi bukan ilmu hitam or ilmu sihir or ilmu sesat okay….so ok la takde ape2 la….wangi kereta aku mandi air bunga…hehehehe…..Pak Haji tu pun dah ajar aku ayat2 Quran yang untuk elak gangguan jin n makhluk halus…..insyaAllah ok semuanya…..

(hemmmmm berani jugak aku ni ek…hehehe…padahal penakut tak ingat…. ;P)

Advertisements