Tags

, , , ,

 

….hemmm…aku tak sempat lagi nak upload photo2 percutian ke awana kijal tu..tak pe la aku cerita ringkas jer la…

 

Seronok jugak bila drive keta lalu tepi laut jer kebanyakannya..yer la start dari mersing…kitorang berhenti lunch berkelah kat pondok tepi laut kat pantai nenasi…angin kuat betul dengan ombak menghempas kuat memang meriah sungguh tepi pantai tengahari tu tambah2 plak ada lagi kereta2 lain yg join berkelah tepi pantai melayan makan nasi + lauk2 bekalan dari umah tadi…perghhhh sedap sungguh…dah lepas makan..apelagi sesi bergambar sakan la tepi pantai…kitorang seronok mengambil gambar melompat seperti di awang-awangan…chewahhhh…tengok la sape photographer nyer yg merealisasikan gambar2 lompatan ni…hehee…tak sabar nak upload…hemm tapi card reader takde pada aku plak sekarang ni…..

…..

Then, teruskan perjalanan sampai ke awana kijal…tapi sebelum sampai sempat singgah tepi jalan minum air kelapa… kelapa ni kan banyak jenis n tengok tempat tanaman jugak yg menentukan rasanya n bentuk rupa isi dalamnya… ada kelapa kuning yg rendah n senang dipetik tapi hampehhh airnya tak sampai 1 cawan pun apelagi isinya…ada kelapa yg ishhh macam2 la korang cari sendiri la…tapi yg ni sedap rasa pure jer takde ditambah gula or perisa ker untuk sedapkan macam air kelapa kat kota metropolitan tu…..

….

Ape aktiviti kat awana kijal ni?…hemmm…macam2 boleh buat….gi swimming kat pool, jakuzi, sauna..…..gi practice swing golf kat driving range…..gi main table tennis (ping pong)….main snuker…ada gym…gi layan mengeluarkan peluh main tennis….kalau rajin nak main basikal pun boleh….lepas tu yg selalu saya buat adalah membaca novel sambil bersandar kat kerusi rehat di tepi laut…seawall pagi saya dah ke laut dengan panorama matahari terbit dan lewat petang pun saya ke tepi laut jugak untuk membaca novel lagi…hehe…hemmm tapi masih tak habis lagi say abaca novel karya Sidney Sheldon – NOTHING LASTS FOREVER…syok giler dengan tiupan angin yg kuat giler dah bukan sepoi2 bahasa lagi dah…ahaksssss…saya menikmati sungguh alam ciptaan Tuhan…… 😉

kitorang then pergi meround tengok panorama lampu2 kat Paka…bergambar lagi berlatar-belakangkan plant2 petronas dan api2 dari pembakaran gas……lepas tu lepak supper kat warong tepi jalan….melayan makan keropok lekor sedap giler…yer la ikan fresh kan…sampai berpinggan-pinggan tambah order…hehehe….

esoknya plak kitorang makan lunch kat bandar Cukai kat Kedai Nasi kukus ayam limbong kat betul2 depan Casa Limbong…perghhhhhhh sedap gilerrrrrrrr..tak tipu beb…korang patut try…berpinggan-pinggan jugak kitorang tambah nasi n air setiap sorang 2 gelas…ahaksssssssss…giler melantak… ;D….

then…malam dinner kat restoran terapung plak kat Bakau Tinggi..betul2 sebelah tugu mata kail besar…restoran ni betul2 atas sungai dan akan ikut pasang surut air coz memang guna pelampung pun..nama pun floating kan…bila ada arus terasa juga la bergoyang…hehehe…makan sedap…esp tomyam dia…ha ni pun kitorang tambah bermangkuk-mangkuk….ahaksss…siap ketam lagi udang lagi…ishhh macam2 la melantak…ehemmm orang belanjer kan…hehehe…

esoknya plak kitorang lunch kat kuala kemaman…haa ni pun betul2 tepi jetty kedai dia…memang sedap lauk2 makanan kampung…perghhhh berjenis lauk dibedal..n ramai gak pekerja2 company yg besar2 tu (yg beruniform biru ada, kuning ada,etc)makan kat sini kan….breakfast pagi kitorang layan makan kat emmm alamak aku lupa la nama tempat tu tapi tak jauh dari awana gak la…tak jauh di sini kira istilah tak jauh bagi aku yg duduk kl ni la kan…hehehe…kalau ikutkan kat awana ni memang jauh dari pekan la tapi kalau korang rajin explore memang syok berjalan…sempat aku beli penyu kat casa limbong + baju kurung berkain batik ehemmm cantik tu…hehehe….sempat balik singgah ke Telaga Simpul…kawasan tepi pantai jugak ala-ala teluk gitu…bergambar sakan di sini…lihat orang memancing…sempat jugak singgah ke Strawberry park tapi takdenyer strawberry…cuma resort ni cantik cuma agak jauh dari kedai kot…..

….

lupa lak nak tambah sikit…Bendera merah awal2 lagi dah dipasang tapi masih ramai lagi yg berani mandi manda dan membiarkan anak2 kecil mereka turut mandi manda di pantai…hemmm…..tidakkah mereka terbaca laporan-laporan di dada akhbar akhir2 ini…. Bukankah laut sedang bergelora…..ombak tidak menentu…gelombang mengganas tidak mampu diduga kamu….tapi kenapa masih tega mempertaruhkan risiko nyawa kamu dan orang2 yg kamu sayang?? Hemmmm…… terlalu banyak esak tangis yg kedengaran awal tahun ini…..hemmmm…..memang kalau dah ajal di mana2 pun boleh sampai takdir kamu itu tapi kenape perlu menempah sesuatu yg kita sedar dan tahu jelasnya risiko itu…..

Kalau bercakap soal pandai berenang hemmmmm…..dengan ombak bergulung2 menghempas….sekali kamu tertarik even secekap mana pandai berenang pun kadang2 boleh lelah untuk melawan hempasan bertubi-tubi apelagi kalau kamu seorang yg cepat gabra atau kamu hanya baru pandai berenang dalam setahun dua….come on….saya yg punya pengalaman hampir 22 tahun berenang pun, tak berani nak mendabik dada kata saya mampu selamatkan diri dalam keadaan itu apelagi untuk selamatkan orang lain….yaaa saya mula cekap berenang pada usia 5 tahun lagi baru nak masuk tadika….

…..

Saya selalu teringin nak baca penulisan blog yg ‘dekat’ dengan kehidupan kampong…saya nak baca tulisan pengalaman mereka yg merasai suasana kampong dari kecil….jarang nak jumpa…selalunya saya jumpa yg telah awal2 lagi bertapak di kota…..saya rindu suasana kampong dulu…..saya membesar di kampong tapi kampong saya hanya sejengkal dari Bandar jadi saya bukan sepenuhnya merasa hidup kampong….tapi saya masih rasa terjun sungai, terjun parit seawal celik mata….bermain banjir sampai kedalam rumah….mendayung sampan…memungut buah2an di dusun atok2 saya….pulang dengan beca atau ke Bandar dengan basikal tua…..merasa juga merempit dalam kampong dengan Honda cup lampu bulat…hehehee…..saya juga merasa mandi air perigi seawal subuh…menggigil satu badan….mandi air takungan air mata air tepi paya atas titi bila air paip tiada….kecut perut malam2 setiap kali nak ke tandas untuk big bisnes yg berada di luar rumah hampir 10 langkah jaraknya….berbekalkan lilin….mandi di bilik air yg tak berbumbung hemmmm teringat saya pengalaman2 lama tu….bermain Lumpur saya untuk menangkap ikan belontok atau ikan2 kecil tapi lepas tu lepaskan…saje suka2…..malam2 pulak seronok mengkap kelip-kelip…bermain dengan lampunya…hehee…kadang tersenyum saya bila orang2 sekarang berebut-rebut nak tengok kelip2 kena naik boat la bayar entah berapa agaknyer….

…..

Kalau nak cerita banyak lagi pengalaman di kampong dulu….hemmm…tapi sekarang generasi baru dah tak warisi lagi semua tu…..semua hanya tinggal sisa-sisa yg tak dipandang pun bagi mereka….air sungai pun dah keroh kotor….semak samun dah naik kiri kanan….titi yg ada pun dah tunggu masa nak rebah…..tahu tak dulu kami dibaling je ke sungai….pandai2 la berenang sendiri untuk balik….di sungai tu ada beberapa kayu pancang untuk mengikat sampan….jadinya lepas dibaling kami berpaut di kayu pancang dan membuat pelbagai percubaan untuk sampai ke titi semula….masa tu tak pandai berenang lagi tapi lama2 jadi pandai dan berani….itu cara pakcik saya ajar kami dan anak2 dia berenang…..nampak kasar tapi cukup berkesan…..kami berlumba selam dalam air sambil buka mata dan menahan nafas…hemmmm….ahhhhh saya rindu kadang2 masa tu…… 😉

…..

Hemmm…nape tiba2 saya ingat kenangan lama ni….hemmm…mungkin sebab ‘cerita’2 terbaru saya tak menarik dan buatkan nafas saya tersekat-sekat jer…jadinya saya pilih untuk tenangkan otak mengenang zaman itu…. Indah bukan?….

 ….

 

“tak sangka pulak mata yang cantik..rupa-rupanya hanya dapat melihat tapi tidak memandang…kalau betul awak nip uteri Megawati..tak perlu lagi saya bersiul-siul dalam gelap untuk tulis skrip puteri megawati dan mr.cinderellanya…”

.

“biar tak dapat memandang..asalkan jangan pekak…siulan orang bisu ni..nadanya berirama sumbang en.Hakimi..”

.

“biar pekak..asalkan jangan buta..huh..sampaikan tak nampak ape yang dicari..”

.

“biarkan tak nampak ape yang dicari..asalkan hidup ini tak sunyi dan sepi..”

.

“biar hidup ni sunyi dan sepi..setidak-tidaknya saya nampak parut budak nakal di bahu kiri awak…..saya patutnya hari tu dah tikam leher awak..biar tembus sampai ke jantung..tahu!….”

..(dialog filem Mr.Cinderella..)

 

Advertisements