Tags

,

Ni kena tagged oleh sis Adlene…..

Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this.

Facts
1. Sekarang ni umur aku 26 tahun dan kurang 5 bulan dari sekarang aku bakal menambah umur ke 27 tahun…….. (hemmm….macam banyak je bunyi umur tu…ahaksss…)
2. Birthday aku 17 Julai, cancerian yg agak sensitive….. (aiiii dah tahu birthday aku ni, kalau takde box isi ‘glass snow ball’ tahun ni hemmm tak tahu la..chewahhh…)
3. aku tersangat la jarang basuh keta sendiri kecuali bila aku bad mood or sakit hati haaa time tu baru keta aku merasa gosokkan tangan tuannya ni…kalau tak memang selalu hantar car wash je or kalau balik kampung memang confirm ayah tuan punya keta ni yg basuhkan…..(bukan dgn permintaan yaaa tapi sukarela…chewahhhh…)
4. ohhh lupa nak bagitau, aku anak sulung n tunggal perempuan, ada 2 adik lelaki… (tapi takde gaya macam anak sulung pun….hampehhhh jer aku ni takde gaya kakak pun..)

Habits
5. selalu fikirkan tentang orang lain dan lebih jaga hati orang lain dari diri sendiri… (hemmm…dari zaman kanak2 sampai dah besar panjang tak ubah2..)
6. bila bersama family aku or di kalangan ‘family besar’ or sanak saudara aku, automatic aku akan jadi macam ‘kanak2 ribena’ yg dimanja dan bergurau senda seolah-olah mereka dan aku sendiri terlupa yg umur aku dah mencecah lewat 20-an….hemmmm….. ;P
7. kalau aku nak beli souvenir bila ke mane2, aku tak mampu fikir utk sorang je dan list dlm otak aku ada panjang berjela jadinya kalau aku tak mampu utk beli barang tu utk 10 orang makanya lebih baik aku tak beli ape2 even utk sorang…selalunya macam tu coz aku tak nak ada sesiapa yg terkecik hati……
8. suka drive sorang2 tak kira la balik kg ke or pusing2 jalan2 kat sini ke tak kira la siang or malam even tengah2 pagi pun….(bukan takde perasaan takut tp entah ek…drive ikut instinct bukan ikut giler kepala…)

Goals
9. aku nak punya ‘keluarga bahagia’ , punya suami dan anak2 kalau boleh nak realisasikannya dalam jangka masa max 2 tahun dari sekarang….
10. kalau boleh nak capai level tertinggi yg aku termampu dalam kerjaya…(hemmm….bergantung pada kerajinan aku la….kot rajin amik master ker nanti boleh tukar profession lain ker or teruskan job sekarang dgn tambahan2 skill sampai naik ke tahap yg lain ker…..hemmmm….)

Random Things
11. aku ni kadang2 sensitive, selalu lembut hati tapi kadang2 boleh jadi degil jugak….
12. satu masa dulu aku meminati komik Pendekar Laut dan baca dari episod 1st sampai terakhir, itu yg aku suka sangat dengan nama Hitomi salah satu character dalam komik tu iaitu the only actress dalam siri tu di samping hero2 kacak lagi gagah perkasa….chewahhhhhh……orang lain sibuk dgn make-up, aku busy dgn pembacaan comic….dewataraya pun aku baca tp x minat sgt coz banyak betul siri dia….entah apelagi nama comic sume ada kat kabinet umah kat kg tp aku Cuma minat giler pada pendekar laut…itu jer….hehehee…..
13. aku ni jenis pengumpul yg entah ape2 coz semua benda aku sayang nak buang kalau boleh semua resit/bil/tiket aku nak simpan….siap kalau boleh beg plastic dan segala beg yg dpt aku sayang nak buang…..haaaa itu yg buatkan kalau korang bagi 10 kabinet pada aku pun tak cukup utk koleksi aku….hahahahhaaa……
14. aku ni memang ‘kaki jalan’ n ‘kaki jalan2 cari makan’ jugak…..heheheh…..

15. aku jarang ada pakaian warna2 terang….selalunya banyak warna2 gelap or lembut….aku cepat tertarik dengan warna coklat…..hemmm….

16. alamak takde idea la utk last thing ni..ape ek….hemmm…. ok la aku tutup dengan menyatakan setakat ni aku masih belum berubah status still single n available…(boleh gituu…ahaksssssssss…. ;P…)

Aku tak tahu la nak tag sape so sape2 jer la kalau rajin nak buat ek……. ;D

 

Advertisements