• elizhitomi??

"Indirect Therapy of My Soul"

~ Love indirect version of writing..& Luv travelling..

"Indirect Therapy of My Soul"

Monthly Archives: March 2009

just be cool..

31 Tuesday Mar 2009

Posted by elizhitomi in boring+layan jiwa..

≈ Leave a comment

Tags

emosi, personal

hemmm…hari ni seharian bergelak ketawa jer..sampai sakit perut…asik tersenyum jer sampai letih otot2 mulut n pipi ni…ahakssss…serius la time kat tempat keje la waktu aku nak bergelak sakan…kerja kerja jugak tapi memang terasa la happy bila dapat bergurau senda n layan ‘sengal’ dengan orang2 keliling kat situ…hehehehe….

aku rase kan..aku baru tersedar yang aku ni rupenyer ‘cemburu’ jugak orangnyer ek…ahakssssss…..tapi bukan la lebih2…just ‘ala-ala’ jer… (chehhh tak nak ngaku sangat..)

aku rase semua perempuan pun camtu kot….dah kalau seminggu senyap tentu dalam otak korang dah fikir macam2 kan….boleh buat andaian dari A sampai Z kalau dilayan rasa bukan2 tu…. tu yg kadang2 benda2 kecil pun boleh buat gaduh n berlarutan kan kalau dilayan berterusan…hemmm ni kena banyak belajar kawal emosi ni kalau ada yg bergaduh hanya sebab remeh temeh…. well tahu jer la lelaki mane nak perasan benda2 remeh temeh….bagi diorang ok jer tak rase ape2 tapi pada perempuan antara benda2 yg penting n dititikberatkan….agaknyer la kot ek….

wahai lelaki, wanita2 kamu bukanlah berharap berkepit 24jam bersama kamu or mengharap kamu call 24jam….jangan fikir camtu nanti kamu akan terasa rimas dan terkongkong… yang wanita2 kamu risau bila tidak dengar kabar berita kamu lebih dari 3,4 hari…apelagi kalau seminggu…1 sms pun dah cukup untuk beritahu wanita2 kamu apa saja yg terlintas waktu itu…sekurang2nya mereka lega dan tahu kamu ‘masih ada’ dan ‘ok’….mereka boleh faham kalau kamu katakan bahawa kamu ‘busy’… cuma yg mereka kurang faham kadang2 ada masa mereka akan terfikir ‘kalau pun kamu busy seharian, takkan la sebelum tido or time bangun tido pun tak sempat utk send 1 sms just say sorry yg kamu busy or ape2 saje sekadar menandakan kamu ‘ada’….takkan la takde langsung waktu seminit dua yg boleh dicuri utk 1 sms?…bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih kan??’ (errrr macam pernah jer terbaca kisah seperti itu…ahaksssss…kalau kamu betul2 sayang wanita2 kamu itu tentu kamu tak akan buat mereka risau dgn tak endah or amik mudah hilangkan diri seminggu dengan alasan busy tahap maksima….).. dan pada wanita2 tu juga, kalau kamu betul2 sayang lelaki2 kamu itu.. janganlah berprasangka bukan2 terlalu awal hanya kerana mereka tidak hubungi kamu… janganlah tambah ‘kepenatan’ mereka yang telah sedia ada dengan hal2 remeh yg dibangkitkan… opppssss sy bukan pandai pun bab cintan cintun or bab2 nasihat org… tp ni sekadar mengingatkan diri sendiri jugak yg kadang2 terlalu beremosi…ahakssssssssss…. ;D

…

maklum la aku pun kadang2 kalau busy tahap maksima, memang malas dah nak reply msg or hp pun tak kisah tinggal jer biar bunyi ker ape…dah settle semua n dah ada masa rehat sket baru la tengok phone…tp selalunya klu busy biasa2 jer sempat la berkepit dgn hp tu…hehehe…. setakat utk say ‘hi’..berapa saat la sangat diperlukan kan???

…

sebenarnye…kelakar plak bila tulis bab2 ni…hahahaha….hemmm, mungkin sy tengah dlm mood ni la kot sekarang ni..so sorry la kalau ada yg rase nak termuntah bace ker kan…ahakssss… kadang aku takleh lari dr terlintas fikiran bukan2 kat kepala otak ni…tp masih terkawal la setakat ni…bg aku bila dah contact so settle la takde la nak tanye2 hal2 lepas mane hilang or wateva kan…just cerita pasal kini n esok dan esok…tu aku la kan..kalau korang jenis yg nak find out benda2 dah lepas tu terpulang la….aku malas nak gaduh2 or nak betah2 or nak perah2 otak jawab2 soalan or tanye soalan ni…bak kata masa itu emas kan…so takkan nak bazirkan beberapa minit yg ada tu hanya utk gaduh…come on la…letih la… so baik seminit dua yg ada tu diceriakan dgn gelak tawa kan best tu….ahaksssss… giler sengal macam tak caye jer aku tulis cerita ala-ala jiwang la plak….adoyaiiiiiiiii…..

..

aku suka bila tiba2 dapat kejutan…tak kisah la ape2 pun kejutan yg boleh gembirakan hati…. 😉 sekecil mane pun aku tetap hargai…

Advertisements

i know my son better than he knows himself

25 Wednesday Mar 2009

Posted by elizhitomi in touched the soul

≈ 6 Comments

Tags

life, pandangan aku, ulasan filem

…

satu masa dulu aku ‘hantu’ cerita2 hindustan ni…aku suka lagu2nya n step tariannya.. kadang2 bila kat umah layan cerita sambil ikut rentak tari (chewahhh..mane tak ruang tamu luas so menggunakan sebaiknya la macam dalam filem hindi tu…hehee…itu satu ketika dulu la…errrr sekarang?hehehee…)

aku letak lagu ni (Ore pi ya…emmm oh my dear ek?..) coz dalam cerita Talentime pun ada diselitkan lagu ni…memang sesuai betul lepas adegan ‘bisu’ n meruntun jiwa terus pasang lagu ni yg berentak kuat satu panggung so apelagi time ni orang soksekk nangis tak la dengar sangat kan…ahakssss…right time la…hehehee…serius beb..time ni la org keluarkan tisu…hehehe…maunya tak tersentuh kalau si bisu n pekak bersuara dengan gerak bahasa isyarat diiringi turun naik nafas dan gegaran bahu yng menahan ‘rasa hati’ tak tertanggung ‘pedih’ , cuba menyekat air mata tapi akhirnya menitis jugak dengan kaki berlutut di tanah basah dek hujan…plot yg meruntun jiwa kerna melibatkan orang yg tersayang iaitu ibu dan juga dia yg tercinta iaitu si gadis….

“mak, kalau mak tak suka dan tak nak saya jumpa dia lagi, saya tak akan jumpa dia lagi…tapi mak mesti tolong ajarkan saya cara untuk lupakan dia…kerana saya tak tahu bagaimana untuk lupakan dia…”

sorry beb, itu yg teringat…ada lagi tapi aku tak ingat ayat dialog dalam tu cuma pointnya sampai la….masa ni ditutur dalam bahasa isyarat…bayangkan sunyi sepi panggung kerana fokus pada mahesh (yg bisu itu)…dia juga pernah cakap pada kakak dia…

“akak, macam mana nak tahu bila orang dah jatuh cinta?……. saya rasa sayang pada dia….saya tak pernah rasa dengan mana2 gadis lain sebelum ini…saya rasa nak jaga dia sampai hati tua…”

ok ok aku tak ingat sepenuhnya…itu jer tertangkap tapi point sepenuhnya tetap dapat cuma dialog jer terlupa ingatan jap…hehehe….

….

part mak hafiz (budak cerita Mukhsin tu..so sweet…) kat hospital pun menarik yg dilakonkan oleh azean irdawaty…..aku suka kehadiran Jit Murad walaupun kejap jer tapi memang bagi pecah panggung gelak walaupun dalam suasana hospital yg ‘sakit’…. derita yang mampu diringankan dengan senyuman dan tawa….. ;-D

“awak pulak sakit ape?”

“saya tak sakit..saya saje je buat sakit..supaya awak tak terasa sakit sorang2..”

“awak tak geli ker tengok saya muntah tadi?..”

“buat ape saya nak geli…awak muntah jer, bukannya berak..kalau awak berak tadi saya lari dah..hehe…”

(yg ni dialog aku memang lupa la tapi lebih kurang la tu…hehe…)

….

aku suka hafiz tu, dari mukhsin dulu pun memang dia best cool…masa dia buat persembahan dengan gitar perghhhhh best seyyyy lagu tu…tapi kalau tak silap realnya aizat yg nyanyi kan…bila tunjuk part baling dadu yg dibuat daripada pemadam time jawab soalan objektif tu teringat aku zaman sekolah dulu…hehe… aku pun pernah compare jawapan dengan betul n kalau aku guna dadu sama tak …hehe…tapi nasib baik memang baling dapat sama dengan jawapan sebenar tapi selalunya takde makne laa…hehehh…kecuali terdesak jer guna…ahakssss…

….

banyak la cerita best dalam filem ni….tengok sendiri la ek…baru dapat rasakan…

“i know my son better than he knows himself…”

hemmm….tersentuh dengar….yaaa naluri seorang ibu yg mengandungkan 9 bulan dan melahirkan dan menyusukan….hemmmm…..jasamu tak terbalas….penuh elemen kekeluargaan yg akrab dan penuh gurau senda walaupun ada yg kasar or ada yg tak sebulu tapi istilah ‘keluarga’ itu masih ‘kuat’……normal la dalam keluarga…ada adik beradik yg bagai isi dengan kuku dan ada yg bagai kucing dengan anjing tapi asasnya masih kuat talian kekeluargaan itu….. ;D

…

ok kesimpulannya cerita Talentime ni memang best…bagi aku la..korang aku tak tahu la ek….sendiri tengok sendiri nilai la k….jangan tengok untuk cari kesilapan or kekurangan tapi tengok dengan hati terbuka minda terbuka dan cari kasih sayang dalamnya k……. 😉 aku tak kata aku setuju secara keseluruhannya cuma tak payah la aku komen pasal benda2 yg aku tak suka dalam cerita ni so aku tekankan yg ok yg aku suka jer ek….kalau nak cari silap banyak boleh dibahaskan tapi biar la orang lain yg ulas…;P

…

aku tambah sket….bila si bisu yg diketengahkan tu buat aku teringat pada si bisu yg aku kenal…aku n family memang panggil dia bisu….dia baik, sangat jujur amanah, rajin bekerja n menolong, pandai membaca berkat dia belajar masuk sekolah…aku suka tengok ayah aku berinteraksi dengan dia guna bahasa isyarat siap boleh berlawak bergelak ketawa lagi hanya dengan bahasa isyarat/….kadang2 aku terpinga-pinga tapi ayah aku akan translate kat aku lepas tu….aku terfikir jugak mane plak ayah aku boleh cekap sampai boleh terjemah cerita dari bahasa isyarat tu…perghhhh kagum aku dengan ayah aku…ayah aku bukan belajar bahasa isyarat tapi sebab dah lama dia berkomunikasi dengan Bisu ni sampai dia pun dah pandai guna bahasa isyarat….sampai aku tanye ayah aku…

“ayah, Bisu tu dia pekak jugak kan?dia boleh dengar tak kalau panggil nama dia or bunyi ape2 ker?”

“Bisu cakap kalau guruh berdentam dentam kuat baru la dia dengar bunyi itupun sikit jer macam jauh jer bunyi…”

oooo camtu rupenyer….padahal kita dengar guruh kuat giler tapi dia dengar slow jer…hemmm….Bisu selalu rajin tolong mak ayah aku…in fact adik aku tolong carikan kerja untuk dia….Bisu selalu temankan ayah n mama aku gi minum petang kat bandar…sampai kadang2 ada orang ingat anak mak ayah aku plak…yer la mak ayah dia kat singapore…kat sini nenek dia jer…Bisu ni banyak duit dia dapat semua simpan, mak aku siap buatkan kad bank dia lagi…time gi bank ternganga orang kat bank tengok mama aku berbahasa isyarat dengan Bisu…hehehe…aku kagum ngan mama n ayah aku….moga kebaikan yang mereka lakukan dibalas di sana nanti…..

kadang2 kalau aku balik….pagi2 kalau aku bangun lambat…aduhhh awal2 pagi Bisu dah datang umah hantarkan surat khabar ayah aku…dah terjaga la aku….ada jugak dia bercerita dengan aku tapi aku tak la secekap ayah aku yg boleh balas balik siap boleh ketawa berguling-guling…lawak betul la…hehehe….kadang mama ayah upah Bisu tebas rumput keliling kebun tu….dia memang rajin….tapi dia suka gelakkan aku macam2…ade jer la bahan nak ‘kutuk’ aku….hehehe….dia pangkat abang la dengan aku….selalu kalau tak faham jer, aku pass kat adik aku…hehehe…dia selalu mintak nak pinjam komik2 adik aku, mane la aku faham kadang2 isyarat dia..aku jarang kat umah kan…terima kasih jugak kat dia sekurang2 tolong2 ringankan keje mama ayah aku jugak time kitorang adik beradik takde kan….ape2 nak jer nanti guna sms jer..dah belikan dia hp….hemmm anugerah Tuhan macam2 bentuk ada….. 😉

….

aku sayang ayah n mama…sayang sangat…;-) mohon diberikan aku lebih masa untuk bersama dengan mereka…berikan masa untuk mereka bermain dengan cucu-cucu mereka….berikan masa untuk mereka melihat semua anak2 mereka berjaya dan mampu berdikari….berikan mereka peluang merasa jejakkan kaki di bumi Mekah… amin…kumohon padaMU Ya Allah…… tolong jangan beratkan bahu-bahu mereka dengan dosa2 kami anak2nya….ampunilah dosa2 mereka dan dosa2 kami anak2nya.. amin….

Afgan – PadaMu Kubersujud-

are u my only one?!

25 Wednesday Mar 2009

Posted by elizhitomi in Uncategorized

≈ Leave a comment

semalam sampai umah dalam kul 12 tengah malam..(chewahhh macam cinderella baru balik plak..ahakssss..)…. sampai kat cineleisure jer makan2 sedap gak makanan yg diorang sediakan ni macam2 ada….macam2 gaya orang pun ada…yer la 2 panggung kot untuk tayangan awal Talentime semalam…1 untuk artis2 GB n lagi 1 utk Silky Girl plak…so aku join yg silky nyer…sekali bila dah duduk2 semua….tengok2 belakang rupanya Mawi n Ekin pun ada sama… sempat la bergambar (poyo kan..hehe..) tp tak sempat lagi nak upload kat sini…

…

ok dari sudut pandangan aku (seorang yg agak seni jugak ni..hehe..).. aku suka cerita Talentime ni…bagi aku ok best jer boleh layan…ada happy, ada sedih,…ada ketawa…ada nangis… semua bahasa ada… in fact, bahasa ‘silent’ lagi beri kesan (mengingatkan aku pada seorang bisu dan pekak yg aku kenal dan rapat dengan keluarga kami semenjak mak ayah dia jauh di s’pore..)….perghhhh…. (malu nak cakap coz aku ternangis gak la semalam, tersentuh betul hati ada part2 sedih tu,walaupun kejap tp beri kesan..walaupun tanpa suara tapi menusuk kedalam hati terus…cukup dengan gesture yg ditunjukkan jer…iskhhh iskhhh…)

…

ada banyak cerita dalam filem ni…menarik setiap satunya… aku tak sempat nak cerita sekarang….nanti aku sambung ceritanya….

aku suka lagu emmm yg aku ingat liriknya….

“tell me truth, are you my only one…”

life=pelik..

24 Tuesday Mar 2009

Posted by elizhitomi in Uncategorized

≈ Leave a comment

Tags

kehidupan, life, perangai manusia

petang ni lepas tolong bawak org betulkan paip kat umah member aku…then terus bersiap untuk pergi cineleisure damansara…7.45 cocktail, 9.15 show Talentime movie arahan Yasmin Ahmad tu… dah dapat free so layankan jer la…hehehehe… kalau tak silap sinopsisnya lelaki tu bisu n pekak dan girl tu kacukan melayu inggeris…biasa berbilang kaum macam cerita yasmin yg lepas2…takpe nnt aku gi tengok then aku quote la dialog2 yg menarik k….;-)

…..

banyak perkara pelik yg kita nampak…hemmm..

– camne la aku boleh nampak gf & bf gaduh sakan sampai boleh main tendang kaki n bertumbuk tapi masih boleh stay lagi…giler apeee…baru couple dah gaduh sakan…kalau dah kawin ade yang main suka hati terbang pinggang mangkuk siap kena lempang terajang agaknyer…gilerrrr…huhh…cinta ape la namanya segilerrrrr itu…selisih betul…..

– camne la aku boleh nampak laki yang tengking isteri tengah2 pasaraya giant time orang tengah beli-belah barang2 umah…adoyaiiiii nape yer si suami tu tak jaga maruah si isteri?? isteri dia diam jer menunduk…laki muka bengis gilerrrr…. pelikkkkkkk….kawin atas dasar cinta ker or terpaksa????? pelikkk dunia sekarang…….

– emmm nanti aku sambung lain la…ni saje curi2 masa jap…..

orang selalu nampak aku ‘bertuah’…hemmm..tapi yg mereka nampak aku cuma ‘bertuah’ pada satu sudut kehidupan jer…tapi sudut kehidupan yg lain, aku tak pernah ‘bertuah’….entah bila akan ada ‘tuah’ untuk satu sudut itu??hemm..entah… ‘sakit’ la bila fikir so malas nak fikir… thanx pada budak-budak keliling aku ni yg boleh layan ‘sengal’ dengan aku sekurang-kurangnya menceriakan hidup aku sehari-hari dgn kehadiran mereka… sentiasa penuh gelak tawa n gurauan yg ‘sengal’ memang ketawa pecah perut jer at lab ni dengan gelagat budak2 ni…suka aku elayan…hahahahaaa… (mane tak dengan aku sekali jadi macam budak-budak…hahaha…tu yg ada orang ingat aku student lagi…hahaa…logic er umur i baru 23,24??errrkkkk…jauhnyerrrr…. 😉 )

zero.

17 Tuesday Mar 2009

Posted by elizhitomi in Uncategorized

≈ Leave a comment

just nak cakap..aku tersentuh…tu jer….ada la benda yg buat aku tersentuh jap….jap jer sekali imbas…..

lain-lain, hari ni mengerjakan kepala orang…ahakssss….baru2 ni seronok la dapat tengok macam2 jenis activity wave otak org..takut kalau dah lame2 nanti naik muak bosan plak…..tapi aku seronok dapat belajar pelbagai jenis instrument kat sini…

….

ada plak yg buat aku tersentap….cumanya aku cuba fikir positif dulu la… tak nak la terburu-buru berprasangka buruk plak kan…..relax…. 

..

banyak je yg berlaku tapi macam takde cerita yg menarik nak kongsi dalam blog ni…..cerita yg ada pun ala-ala ‘suam-suam kuku’ jer….malas la nak tulis…

….

status’s still in process..

15 Sunday Mar 2009

Posted by elizhitomi in sengallll..

≈ Leave a comment

Tags

personal

..sweet..
..sweet..

suka betul aku letak photo2 kartun2 animax kat sini ek..sebab comel2..

…
hemmm…’dia’ out station so hujung minggu ni aku duduk umah jer tak ke mane2…nak gi tengok movie pun macam takde cerita yg menarik..so bertapa jer la kat umah…kalau ‘dia’ kat k.l pun belum tentu boleh keluar sama jugak coz jadual dia tak tentu kan…macam aku pernah cakap la dalam sebulan boleh kira 2,3 kali jer kot jumpa… ;-D …tapi bila tiap kali jumpa memang makan sedap2 la…ahaksssssssss……aku bab makan memang tak tolak…hehehe….
buat masa ni, ‘dia’ yg agak rapat dengan aku selain ‘bestfriend’2 aku la… tapi aku nak pinjam jawapan artis la kan “kami baru dalam proses mengenal hati budi masing2..”…..chewahhhhhhhhhh….nak tergelak plak… ;-P
…

bla..bla..bla..

15 Sunday Mar 2009

Posted by elizhitomi in Uncategorized

≈ 2 Comments

Tags

random

semalam pergi kenduri kahwin mak aiiiiiii makan lauk udang tu…..nyummm nyummm…ni la 1st time aku jumpa lauk kenduri buat lauk udang besar2 plak tu…kalau kat meja pengantin jer tak heran la..ni semua orang pun dapat rasa….memang sedap lauk2 semalam + banyak betul kuih2 sampingan + gift pun menarik…banyak sungguh….meriah gitu….

…

semalam, pagi2 time tengah bersembang kat phone dgn mr.D..tetiba terkeluar cerita pasal blog plak n aku pun tercakap pasal member2 yg aku kenal thru blog…terus jer dia tanye ape add blog aku….errr of course la aku tak bagi…mane bleh dah macam2 aku tulis dalam ni kira dah macam online personal diary aku kan….orang tak kenal baca takpe la aku tak kisah sangat n kalau setakat member2 yg close ngan aku takpe lagi..diorang boleh faham apa2 yg aku tulis dalam ni…aku takde la bagi add blog aku kat sape2…kalau boleh aku tak nak orang yg aku kenal terbaca coz kadang takut ada yg salah tafsir n salah faham…blog ni just luahan hati aku ape yg aku rasa pada waktu tu n aku terus tulis kat sini so kadang2 sekadar lepas geram or lepaskan stress or rasa hati jer then lepas2 dari tu dah takde makne ape dah…n ada yg aku dah lupakan pun….tapi kalau yg kenal aku yg baca tu member2 rapat aku maybe diorang boleh faham kan…ada masa aku serius ada masa aku main2 je…..

bukan taknak bagitau mr.D cuma segan la aku.. dah aku cerita pasal dia kat sini kan….nanti takut dia salah tafsir ape2 lak, dah jadi lain cite plak nanti…. yer la dia cakap “ooo diorang u bagi baca tapi dgn i tak boleh plak..”…. adoyaiii… apepun jangan amik serius ape2 pun ayat2 dalam blog aku ni coz kadang2 aku tulis dengan emosi abis terkeluar ayat beriya2 macam2 tapi kadang2 aku tulis dgn perasaan berbunga2 haaaa mulalah tertulis ala jiwang plak dan kadang2 aku tulis dgn perasaan marah geram haaaa abis keluar ayat2 yg tak sepatutnya dan paling best aku selalu tulis guna ‘kiasan’ indirect version…so takut2 kalau ada yg tersilap tafsir maksudnya coz tak semua boleh faham bahasa kiasan kan?…. kadang aku puji nanti ada yg baca keji plak…ahaksssss……..

macam kes mr.17 dulu yg banyak aku tulis dalam entry lepas2 tu…ada yg aku ikut emosi dan ada yg betul2 aku maksudkan tapi bila ada part yg mr.17 terbaca sendiri hemmmmm ikutkan memang la segan gilerrrr….rasa macam tak nak terserempak jer dengan dia lagi coz malu giler bila dia tahu luahan rasa hati aku…hemmm tapi memang dah lame pun dia tahu aku suka dia dulu pun kan?…ahhhhh tapi pedulikan la…bukan orang tahu siapa kan aku pun tak tulis detail dia so hanya dia n aku jer tahu camne ceritanya kan…aku cuma nak doakan dia jumpa kebahagiaan yg dia cari selama ni….tentu ada yg terbaik untuk dia….insyaAllah….

…

entah la kadang aku rasa aku tak layak untuk sesiapa pun….banyak benda yang aku tak tahu lagi…banyak hal yg aku tak pandai lagi…banyak yg aku perlu belajar lagi….aku jauh lagi dari tahap sempurna..hampir pun belum lagi…..

sekilas lalu tentang aku…..:

– aku anak sulung dr 3 beradik, bawah aku dua2 lelaki

– mak aku pun anak sulung so maknanya aku pun cucu sulung

– aku Johorean tapi dah hampir nak 9 thn aku banyak abiskan masa di Shah Alam

– aku belajar sekolah agama sampai lulus darjah khas agg 10

– sek.biasa lak…1-4 aku sekolah kat Kota Tinggi then 5-6 kat Kluang seterusnya sampai la abis SPM…aku sekolah biasa2 jer takde masuk asrama

– lepas tu aku sambung study kimia plak

– aku ni agak sensitif, penuh emosi, ‘cengeng’ jugak, tapi apepun hati aku ‘kuat’…

– dll………………………………………………………………

…

caca-merba ala air batu campur..

11 Wednesday Mar 2009

Posted by elizhitomi in Uncategorized

≈ Leave a comment

cerita caca-merba + campur2 macam air batu campur… ;P

.life ibarat air batu campur..

.life ibarat air batu campur..

…

– last week aku sedikit ‘panas hati’ dengan sorang makhluk Tuhan ni..aku punya la isi borang keluar kul 3.30pm coz nak berkejar ke Lhdn…sampai kat kereta, ada kereta block depan keta aku plak..aku relax lagi..tengok2 ada tinggal nota no. telefon utk dihubungi…so aku terus la call hp dia…tak berangkat 3,4kali…telinga aku pun dah terhafal lagu bila call hp dia “kujejak jalan yang berliku…..”…(kira kalau orang call tu macam dengar terharu kot… ;P…)…takpe..aku sms plak..aku msg guna ayat baik2 jer elok2, siap aku tulis minta maaf lagi boleh tak tolong alihkan kereta….perghhhhhhh 1/2 an hour aku tunggu macam tunggul kayu kat dalam kereta (sebab gerimis so takleh tunggu kat luar kereta kan..)…..

aku buat relax lagi…takpe aku cari akal pinjam kereta member ofis la jap…kelam kabut aku sampai2 kat Lhdn dah kul 4.15p.m….nasib baik la akak2 kat situ baik2 + diorang tengok muka aku yg agak ‘kesian’ waktu tu kot…so diorang tolong jugak settlekan coz kalau ikutkan kul 3.45p.m kaunter bahagian tu dah tutup….Alhamdulillah settle semua hal aku…. aku sampai ofis balik lagi 10mins nak kul 5p.m….hampehhhh kereta tu tak beralih lagi….dlm 5.10pm tu baru la aku boleh keluar kereta…sebelum tu aku dah siasat dah sape tuan punya kereta tu…. huhhhhhhhh….aku kalau nak tahu macam biasa la sampai lubang cacing pun aku korek kalau memang aku nak tahu sangat….

ohhhhh rupanya seorang wanita berjawatan tuttttt…hemmm tak boleh ker dia reply back sms say sorry ker kan…at least sejuk la hati aku ni kan….huhhhh…ohhhh yaaa mungkin sebab jawatan dia ‘tinggi’ kotttt….ahhhh lantak la pedulik ape aku….nanti satu hari aku teringin nak tengok camne rupa orangnyer tu ek….kalau muka ‘kerek’ memang aku tambah lagi sokseksoksek tapi kalau muka ala ‘baik’ takpe la dimaafkan…chewahhhhhhhh………bukan ape kalau aku takde hal urgent takde la aku nak panas hati kan….ape salah dia turun jap alih keta masuk kat parking aku kan?? adoyaiiiiiii lain kali baik tak payah tinggalkan note langsung…takde la aku tunggu macam orang ‘terlebih pandai’ kan…

…..

– ada sorang Wak ni….entah ya entah tidak…dia tengok aku then dia senyum2 cakap kat aku….

“..kau ni ada orang kat tempat keje sana dok perhati kau ni..tapi kau buat ‘derk’ (buat tak tahu je) je kan…hensem orangnya..”

“mana ade Wak ni..pandai jer…kalau hensem Wak awal2 lagi saya dah perasan dulu…” ;D

hahahahahaa…..tergelak aku…entah ek…takde plak aku perasan…lagipun kat tempat aku tu ramai jer dah kahwin + dah tunang + boyfriend orang + …….tak tahu la kalau ada yg selisih area2 tu…hahahahaa….poyo giler…takde la…..main-main jer kot……… ;P

…..

– aku teringat pasal ‘bestfriend’ aku mr.* tu…sedap jugak dia belanje aku bawak makan asam pedas kat Bp aritu… shopping beli seluar slack…ooo size 33 rupenyer dia….segan2 plak dia masuk fitting room tak nak keluar untuk ukur nak potong kaki seluar tu…sampai budak sale tu yg gi ukur dalam fitting room…hahahaa…segan ngan aku la tu…ahaksssssss…. ;P lepas tu turn aku plak shopping sandal baru…ada 2 berkenan then minta pendapat dia pilih which 1 is d best so aku beli yg tu… ;D…. (duit aku laaa beb takkan plak aku yg bukan gf dia nak blanje lak kan….ahakssssssss….)

teringat plak aku time teman lagi sorang ‘kawan’ dulu mr.* masa nak shopping kat G2000…(dia la yg try kemeja semua…aku tak cukup fulus lagi…ahakssss…)……dia siap panggil aku lagi time kat fitting room tu…siap keluar lagi tunjuk depan aku n tanye pendapat aku ok ke tak…(erkkkk clueless jap aku…ahakssss… yg pasti aku bagitau dia yg aku berkenan color kemeja yg lain dan bukan yg dia dok try semua tu…hehe..eleh,penting ker pendapat aku kan?…)….well, aku tak tahu la lepas tu dia beli yg pilihan dia or pilihan aku…. ;P….

teringat jugak aku…dulu time keluar dgn ex-bf aku mr.*…suruh dia try 1,2 kemeja then pilih 1 yg berkenan di hati so terus aku belanje sebagai hadiah utk dia….lepas tu puas hati coz bila dia gi interview mane2 mesti dia pakai kemeja tu….ehemmm…tapi aku rasa sekarang kemeja tu dah tak berharga langsung pd dia n ntah2 dah dihumban ke mane jer kan coz sekarang mr.* tu punya duit berlimpah-ruah n dah lebih branded lagi kot baju2 dia…ahaksssss….(ape kesss plak nak ingat…lantak dia la kan… ;P….)

last week aku gi jalan usha2 tengok barang kat chow kit…sekali tetiba ada yg berkenan di hati plak….ehemmm….baru jer nak bayar tapi dah ada makhluk Tuhan yg baik hati tolong bayarkan ek…..hehe… ;)… (tak mintak ok…;P..)

tapi bila ada ‘barang’ yang dia nak beli plak…aku boleh cakap…tak payah la, smart sangat nanti ramai plak yg tackle u…..hahahaha…. (sengal giler…aku takpe tapi orang lain tak boleh plak ek?…. ;P….)

…

– cerita ntah ape2 jer….errr bukan ker ‘berkawan biar 1000 kan?’…. well, lumrah alam….hidup macam pusingan roda kan….. ada orang pernah permainkan hati aku dan ada orang yg aku pernah terpermainkan hati dia…. ada orang yg aku suka tapi tak suka aku dan ada orang yg suka aku tapi aku tak suka…..ada orang yang serius dan ada orang yg hanya main-main…. ada orang yg bertanggungjawab dan ada orang yg lepas tangan…. ada orang yg tak punya rasa bersalah dan ada orang yg selalu rasa serba salah….ada orang yg nangis gembira dan ada orang yg nangis bersedih…..ada orang yg ketawa benar2 gembira dan ada orang yg ketawa hanya untuk menutup luka di hati…….-BINGO-

…..

– tadi rasa macam banyak benda jer nak cerita tapi macam ada banyak yg nak cerita pasal hal kerja + nak mengutuk + nak bergossip tapi sebab libatkan tempat kerja aku n soal kerja aku so baik aku tutup cerita sebelum ada yang terlepas masuk kedalam blog ni….tak pasal2 dari luahan rasa sendiri boleh jadi isu besar yg boleh digaduhkan plak bila ada yg terbaca kan….tapi harap2nya takde sesiapa la kat tempat kerja aku dan seangkatannya yg terjumpa blog ni yaaaa…..malas nak panjang cerita…. kalau ada pun senyap2 jer jangan sampai aku tahu coz nanti tak selesa….

-peace-

…..

..smart seyy pendekar laut..

..smart seyy pendekar laut..

jangan kau bimbang……

09 Monday Mar 2009

Posted by elizhitomi in boring+layan jiwa..

≈ Leave a comment

Tags

bestfriend, life, random

Kau Yang Punya – Malique ft. Najwa –

 

Korus:
Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Verse 1


Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

Korus
Verse 2
Kerjaku memang kejam
punca matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku

dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

Korus
Verse 3
Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

Korus

Kuhanya punya kau
dan
hip hop
Outro

Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya

 

 

 

…………

 

 

 

 

……….

best plak layan dengar lagu ni……perghhhh lirik dia……

“jangan kau bimbang sayang, di mana ku berada, dengan siapa ku bersama….jangan bimbang ku tetap kau yang punya…”

ahaksssssssssssssssssss………….. perghhhhh bukan senang untuk tidak rasa bimbang kan???

…..

tetiba aku teringat lagu ni bila tadi seharian aku keluar dgn ‘bestfriend’ aku..lelaki dan punya awek….kitorang memang kawan baik dah lama pun so tadi gi bershopping sama….hemmm kadang aku terfikir kalau awek dia tahu entah ape dalam fikiran awek dia agaknyer kan…tapi as long hati dia kuat n hati aku kuat dan kitorang ingat landasan persahabatan maka tidak akan ada apa2 antara kitorang…..

 

 

memang aku ada rasa bersalah jugak kan tapi entah la…yang pasti pada awek2 lelaki2 yg baik dgn aku semua tu tak perlulah risau dan bimbang….aku tidak cantik seperti kamu2, aku tidak menarik seperti kamu2, aku banyak kekurangan lagi berbanding kamu2, maka jangan bimbang, lelaki2 kamu tak akan tergoyah hatinya dengan aku…….yaaa kalau pun hati mereka tergoyah dan cuba beralih kepada aku…jangan bimbang juga sebab hati aku kuat melawan dan tidak mudah tergoyah….aku wanita jadi aku faham bagaimana……aku tak akan rampas tunang2 kamu itu, aku juga tak akan rampas boyfriend2 kamu itu, apelagi kalau suami2 kamu……kami cuma BERSAHABAT…… aku tahu takde yang boleh terima hakikat persahabatan lain jantina ni….aku pun sama jer….cuma entah ek..aku dah terbiasa ‘close’ dgn member2 lelaki sama jer macam close aku ngan member2 perempuan..boleh bercerita semua hal termasuk bab hati perasaan jugak, kongsi problem or cerita masing2, banyak hal lagi la……

 

 

…

kamu tahu tak….bila lelaki tak angkat telefon kamu…

hemmm sama ada dia tak mahu menipu kamu kerana dia juga tak mahu mengguris hati kamu bila katakan perkara sebenar….contohnya kalau dia keluar dengan kawan baik perempuan so kalau dia angkat call kamu dan kamu tanye ape dia buat waktu itu dan dia beritahu hal sebenar tentu kamu tak boleh terima hakikat kan??tentu kamu tetap akan salah sangka bukan2 n risau kan??jadinya itu sebab dia berdiam diri dan tidak angkat phone…mungkin bila nanti dia call kamu semula dia akan beritahu alasannya yang phone nya tertinggal di mana2….or tertido dan tak perasan…or macam2 la lagi…..hemmm aku faham kita wanita akan berasa bimbang sebab kita takut hatinya berubah dan bila kita masih kurang percaya yg hatinya kuat hanya mencintai kita seorang maka kita akan selalu bimbang kan?……entah la bab2 ni susah nak diterangkan…..bergantung pada kejujuran dan kepercayaan dan kekuatan hati….

….

ok tutup cerita….ni saje aku layan nak dengar lagu2 lama….tetibe terjumpa lagu ni plak….dah lama tak dengar cerita Wann..apekata jom layan dengar lagu zaman2 era ni…..kalau rock kapak banyak sangat nanti aku nak letak…hehehe…..

-Wann-Aku dalam Teka-teki-

 

 

…

adoyaiii Sepah..Thanx..

08 Sunday Mar 2009

Posted by elizhitomi in sengallll..

≈ 2 Comments

Tags

Sepah raja lawak

adoyaiiii SEPAH…..memang boleh buat aku tersenyum + tergelak jer….

sesuai untuk orang2 yg sedang bersedih, boleh la layan tengok video Sepah berulang kali pun tak jemu….sakit perut aku layan gelak ketawa jer…hehehe….hilang Stress…ahakssssssssssssss………. 😉

thanx Sepah!!!

.

← Older posts

Recent posts:

  • Trip to Boracay Nov part 2
  • Trip to Boracay Nov 2015 – Part 1
  • Travel: Penang-Hua Hin-Cha Am-Bangkok(Hua Lamphong)-Maeklong-River Kwai bridge-Thamkrasae bridge-Lop Buri..Part 9
  • Travel: Penang-Hua Hin-Cha Am-Bangkok(Hua Lamphong)-Maeklong-River Kwai bridge-Thamkrasae bridge-Lop Buri..Part 8
  • Travel: Penang-Hua Hin-Cha Am-Bangkok(Hua Lamphong)-Maeklong-River Kwai bridge-Thamkrasae bridge-Lop Buri..Part 7
  • Travel: Penang-Hua Hin-Cha Am-Bangkok(Hua Lamphong)-Maeklong-River Kwai bridge-Thamkrasae bridge-Lop Buri..Part 6
  • Travel: Penang-Hua Hin-Cha Am-Bangkok(Hua Lamphong)-Maeklong-River Kwai bridge-Thamkrasae bridge-Lop Buri..Part 5
  • Travel: Penang-Hua Hin-Cha Am-Bangkok(Hua Lamphong)-Maeklong-River Kwai bridge-Thamkrasae bridge-Lop Buri..Part 4
  • Travel: Penang-Hua Hin-Cha Am-Bangkok(Hua Lamphong)-Maeklong-River Kwai bridge-Thamkrasae bridge-Lop Buri..Part 3
  • Travel: Penang-Hua Hin-Cha Am-Bangkok(Hua Lamphong)-Maeklong-River Kwai bridge-Thamkrasae bridge-Lop Buri..Part 2
  • Travel: Penang-Hua Hin-Cha Am-Bangkok(Hua Lamphong)-Maeklong-River Kwai bridge-Thamkrasae bridge-Lop Buri..Part 1
  • Travel: Penang-Hua Hin-Cha Am-Bangkok(Hua Lamphong)-Maeklong-River Kwai bridge-Thamkrasae bridge-Lop Buri..intro
  • Holiday: Krabi town-Koh Lanta-Aonang….. Part 6
  • Holiday: Krabi town-Koh Lanta-Aonang….. Part 5
  • Holiday: Krabi town-Koh Lanta-Aonang….. Part 4
  • Holiday: Krabi town-Koh Lanta-Aonang….. Part 3
  • Holiday: Krabi town-Koh Lanta-Aonang….. Part 2
  • Holiday: Krabi town-Koh Lanta-Aonang….. Part 1
  • Cameron Highland, Strawberry i’m in love…
  • Jalan-jalan Singapore town [Arab st.-Esplanade-Merlion park-Geylang…]

Kod Rahsia

  • boring+layan jiwa..
  • Jalan-Jalan Cuti
  • Makan2 / Food
  • sengallll..
  • smile in my heart
  • touched the soul
  • unanswered questions
  • Uncategorized
  • unstable heart+mind+soul

Khazanah lama

  • February 2017 (2)
  • October 2016 (1)
  • July 2016 (2)
  • June 2016 (2)
  • May 2016 (3)
  • April 2016 (1)
  • February 2016 (3)
  • March 2015 (1)
  • February 2015 (1)
  • January 2015 (1)
  • December 2014 (1)
  • December 2013 (2)
  • November 2013 (1)
  • October 2013 (7)
  • October 2012 (1)
  • September 2012 (1)
  • August 2012 (2)
  • July 2012 (1)
  • June 2010 (1)
  • February 2010 (1)
  • January 2010 (2)
  • December 2009 (3)
  • November 2009 (3)
  • October 2009 (6)
  • September 2009 (7)
  • August 2009 (10)
  • July 2009 (10)
  • June 2009 (12)
  • May 2009 (15)
  • April 2009 (11)
  • March 2009 (12)
  • February 2009 (10)
  • January 2009 (16)
  • December 2008 (25)
  • November 2008 (23)
  • October 2008 (16)
  • September 2008 (22)
  • August 2008 (15)
  • July 2008 (5)
  • June 2008 (9)
  • May 2008 (12)
  • April 2008 (14)
  • March 2008 (6)
  • February 2008 (2)
  • January 2008 (1)
  • October 2007 (2)
  • September 2007 (1)
  • August 2007 (2)
  • March 2007 (2)
  • June 2006 (2)
Advertisements

Cancel