Tags

, ,

satu masa dulu aku ‘hantu’ cerita2 hindustan ni…aku suka lagu2nya n step tariannya.. kadang2 bila kat umah layan cerita sambil ikut rentak tari (chewahhh..mane tak ruang tamu luas so menggunakan sebaiknya la macam dalam filem hindi tu…hehee…itu satu ketika dulu la…errrr sekarang?hehehee…)

aku letak lagu ni (Ore pi ya…emmm oh my dear ek?..) coz dalam cerita Talentime pun ada diselitkan lagu ni…memang sesuai betul lepas adegan ‘bisu’ n meruntun jiwa terus pasang lagu ni yg berentak kuat satu panggung so apelagi time ni orang soksekk nangis tak la dengar sangat kan…ahakssss…right time la…hehehee…serius beb..time ni la org keluarkan tisu…hehehe…maunya tak tersentuh kalau si bisu n pekak bersuara dengan gerak bahasa isyarat diiringi turun naik nafas dan gegaran bahu yng menahan ‘rasa hati’ tak tertanggung ‘pedih’ , cuba menyekat air mata tapi akhirnya menitis jugak dengan kaki berlutut di tanah basah dek hujan…plot yg meruntun jiwa kerna melibatkan orang yg tersayang iaitu ibu dan juga dia yg tercinta iaitu si gadis….

“mak, kalau mak tak suka dan tak nak saya jumpa dia lagi, saya tak akan jumpa dia lagi…tapi mak mesti tolong ajarkan saya cara untuk lupakan dia…kerana saya tak tahu bagaimana untuk lupakan dia…”

sorry beb, itu yg teringat…ada lagi tapi aku tak ingat ayat dialog dalam tu cuma pointnya sampai la….masa ni ditutur dalam bahasa isyarat…bayangkan sunyi sepi panggung kerana fokus pada mahesh (yg bisu itu)…dia juga pernah cakap pada kakak dia…

“akak, macam mana nak tahu bila orang dah jatuh cinta?……. saya rasa sayang pada dia….saya tak pernah rasa dengan mana2 gadis lain sebelum ini…saya rasa nak jaga dia sampai hati tua…”

ok ok aku tak ingat sepenuhnya…itu jer tertangkap tapi point sepenuhnya tetap dapat cuma dialog jer terlupa ingatan jap…hehehe….

….

part mak hafiz (budak cerita Mukhsin tu..so sweet…) kat hospital pun menarik yg dilakonkan oleh azean irdawaty…..aku suka kehadiran Jit Murad walaupun kejap jer tapi memang bagi pecah panggung gelak walaupun dalam suasana hospital yg ‘sakit’…. derita yang mampu diringankan dengan senyuman dan tawa….. ;-D

“awak pulak sakit ape?”

“saya tak sakit..saya saje je buat sakit..supaya awak tak terasa sakit sorang2..”

“awak tak geli ker tengok saya muntah tadi?..”

“buat ape saya nak geli…awak muntah jer, bukannya berak..kalau awak berak tadi saya lari dah..hehe…”

(yg ni dialog aku memang lupa la tapi lebih kurang la tu…hehe…)

….

aku suka hafiz tu, dari mukhsin dulu pun memang dia best cool…masa dia buat persembahan dengan gitar perghhhhh best seyyyy lagu tu…tapi kalau tak silap realnya aizat yg nyanyi kan…bila tunjuk part baling dadu yg dibuat daripada pemadam time jawab soalan objektif tu teringat aku zaman sekolah dulu…hehe… aku pun pernah compare jawapan dengan betul n kalau aku guna dadu sama tak …hehe…tapi nasib baik memang baling dapat sama dengan jawapan sebenar tapi selalunya takde makne laa…hehehh…kecuali terdesak jer guna…ahakssss…

….

banyak la cerita best dalam filem ni….tengok sendiri la ek…baru dapat rasakan…

“i know my son better than he knows himself…”

hemmm….tersentuh dengar….yaaa naluri seorang ibu yg mengandungkan 9 bulan dan melahirkan dan menyusukan….hemmmm…..jasamu tak terbalas….penuh elemen kekeluargaan yg akrab dan penuh gurau senda walaupun ada yg kasar or ada yg tak sebulu tapi istilah ‘keluarga’ itu masih ‘kuat’……normal la dalam keluarga…ada adik beradik yg bagai isi dengan kuku dan ada yg bagai kucing dengan anjing tapi asasnya masih kuat talian kekeluargaan itu….. ;D

ok kesimpulannya cerita Talentime ni memang best…bagi aku la..korang aku tak tahu la ek….sendiri tengok sendiri nilai la k….jangan tengok untuk cari kesilapan or kekurangan tapi tengok dengan hati terbuka minda terbuka dan cari kasih sayang dalamnya k……. 😉 aku tak kata aku setuju secara keseluruhannya cuma tak payah la aku komen pasal benda2 yg aku tak suka dalam cerita ni so aku tekankan yg ok yg aku suka jer ek….kalau nak cari silap banyak boleh dibahaskan tapi biar la orang lain yg ulas…;P

aku tambah sket….bila si bisu yg diketengahkan tu buat aku teringat pada si bisu yg aku kenal…aku n family memang panggil dia bisu….dia baik, sangat jujur amanah, rajin bekerja n menolong, pandai membaca berkat dia belajar masuk sekolah…aku suka tengok ayah aku berinteraksi dengan dia guna bahasa isyarat siap boleh berlawak bergelak ketawa lagi hanya dengan bahasa isyarat/….kadang2 aku terpinga-pinga tapi ayah aku akan translate kat aku lepas tu….aku terfikir jugak mane plak ayah aku boleh cekap sampai boleh terjemah cerita dari bahasa isyarat tu…perghhhh kagum aku dengan ayah aku…ayah aku bukan belajar bahasa isyarat tapi sebab dah lama dia berkomunikasi dengan Bisu ni sampai dia pun dah pandai guna bahasa isyarat….sampai aku tanye ayah aku…

“ayah, Bisu tu dia pekak jugak kan?dia boleh dengar tak kalau panggil nama dia or bunyi ape2 ker?”

“Bisu cakap kalau guruh berdentam dentam kuat baru la dia dengar bunyi itupun sikit jer macam jauh jer bunyi…”

oooo camtu rupenyer….padahal kita dengar guruh kuat giler tapi dia dengar slow jer…hemmm….Bisu selalu rajin tolong mak ayah aku…in fact adik aku tolong carikan kerja untuk dia….Bisu selalu temankan ayah n mama aku gi minum petang kat bandar…sampai kadang2 ada orang ingat anak mak ayah aku plak…yer la mak ayah dia kat singapore…kat sini nenek dia jer…Bisu ni banyak duit dia dapat semua simpan, mak aku siap buatkan kad bank dia lagi…time gi bank ternganga orang kat bank tengok mama aku berbahasa isyarat dengan Bisu…hehehe…aku kagum ngan mama n ayah aku….moga kebaikan yang mereka lakukan dibalas di sana nanti…..

kadang2 kalau aku balik….pagi2 kalau aku bangun lambat…aduhhh awal2 pagi Bisu dah datang umah hantarkan surat khabar ayah aku…dah terjaga la aku….ada jugak dia bercerita dengan aku tapi aku tak la secekap ayah aku yg boleh balas balik siap boleh ketawa berguling-guling…lawak betul la…hehehe….kadang mama ayah upah Bisu tebas rumput keliling kebun tu….dia memang rajin….tapi dia suka gelakkan aku macam2…ade jer la bahan nak ‘kutuk’ aku….hehehe….dia pangkat abang la dengan aku….selalu kalau tak faham jer, aku pass kat adik aku…hehehe…dia selalu mintak nak pinjam komik2 adik aku, mane la aku faham kadang2 isyarat dia..aku jarang kat umah kan…terima kasih jugak kat dia sekurang2 tolong2 ringankan keje mama ayah aku jugak time kitorang adik beradik takde kan….ape2 nak jer nanti guna sms jer..dah belikan dia hp….hemmm anugerah Tuhan macam2 bentuk ada….. 😉

….

aku sayang ayah n mama…sayang sangat…;-) mohon diberikan aku lebih masa untuk bersama dengan mereka…berikan masa untuk mereka bermain dengan cucu-cucu mereka….berikan masa untuk mereka melihat semua anak2 mereka berjaya dan mampu berdikari….berikan mereka peluang merasa jejakkan kaki di bumi Mekah… amin…kumohon padaMU Ya Allah…… tolong jangan beratkan bahu-bahu mereka dengan dosa2 kami anak2nya….ampunilah dosa2 mereka dan dosa2 kami anak2nya.. amin….

Afgan – PadaMu Kubersujud-

Advertisements