Tags

alamak minit mesyuarat yg lepas aku tak siapkan lagi…adoyaiiiii tu la salah siape??salah aku la kan coz melambat-lambatkan nak menaipnya…hahahaha…sengih jer la ek…sempat kot esok nak dibetulkan semua… ;D

pagi tadi aku dengar Sinar..terdengar lagu kat bawah ni…menarik plak layan…hahaha….tengah mood sengal memang camni la aku kan…hemmm…alamak lupa plak nak pinjam buku kat library…nak buat GLP la katakan….kena la study ape yg patut nak buat persediaan…hemmm….next week 4 hari kursus audit ISO plak…hemmm…layankan jer la ek…… ada masa seronok, ada masa **######…hehee…. ;P

….

Gadis Dan Bunga- Rahimah Rahim-
Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu
Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu…

Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga dibawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu
Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan
(hahaha…aku suka rangkap yg atas ni…ahakssssss….)

…..

yang terlintas….

– dari dulu aku suka sangat nama Darin Nadhifah dan kalau aku ada anak perempuan nanti harap2 dapat namakan dia dengan nama tu… maknanya bunga yang bersih…dan kalau lelaki aku suka sangat nama Faiq Zairan….hemmm…. 😉 (kenape plak la aku bercakap soal nama..??..)

– untuk entah kali ke berape ntah…orang teka aku ni student lagi…mamat kat petrol station tu tanyer aku, student lagi ek?..aku jawab, tak la dah keje dah…dia kata, eh yer ker, nampak macam student lagi jer..hemm terus aku cakap, ha’ah student….layankan jer la….hemmm adakah maknanyer aku nampak lebih muda dari usia?? atau aku nampak tidak matang tak setara dengan usia???…hemmm…

– aku terima sepucuk surat bercop dari kluang…rupenyer ayah aku pos roadtax motor adik aku….tapi yg menariknya coz disertakan dengan sehelai karangan surat…perghhhhhhh nak menangis rasenyer baca tulisan ayah….bukan sebab sedih tapi terharu sangat coz dah lame tak baca surat tulisan ayah semenjak ada telefon bimbit ni kan…skill tulis surat tak rasmi ayah memang marvellous….format tetap dikekalkan….dimulakan dengan “kehadapan anakanda yg dikasihi…” lagi…boleh bayangkan tak betapa tersentuhnya hati aku baca….aku ingatkan ayah dah lupa cara2 nak tulis surat…rupenyer hemmmm….itu beza ayah aku dengan ayah orang lain….. ;D

-ohh yaaaa…..selamat hari keputeraan Sultan Johor (8/4/09)…. 😉

Advertisements