aku pernah tulis ayat ni dlm entry lepas2….

hemmm… so aku perlu sentiasa bersedia untuk kehilangan orang2 keliling aku…..bila2 masa jer mereka boleh pergi dari aku kan….. aku tak perlu letakkan sayang yg lebih pada sesiape pun mereka…. aku tak perlu harap mereka2 akan kekal bersama aku dalam susah senang kan…. aku sentiasa perlu sayang diri aku lebih dari yg lain kan……

….

saje jer….hanya aku yg faham dgn detail….(aku tulis kat sini khususnya sebab aku nak rekodkan perjalanan hidup aku supaya ada masa2nya kalau2 aku terlupa, boleh jgk aku rujuk balik…lagipun dari kecil aku dah terbiasa menulis diary….berbuku-buku diary aku ada…tiap2 tahun ayah aku bagi diary baru n kalau tak pun aku akan dapat dr makcik aku..so aku sangat terbiasa menulis apa2 yg terlintas hari2 dan apa2 yg aku rasa perlu utk aku rekodkan sebagai ingatan khusus untuk pembacaan aku sendiri…)

so ianya seakan hobi bg aku….sekurang2nya aku tak ‘melepaskan’ emosi ‘serabut’ di luar kan?….setakat kat sini jer, hari ni tulis penuh emosi, esok dah bergelak ketawa balik…ahakssssssssss… 😛  well, lagi sekali, as a therapy for my soul kan?……;-)

….

cuma sekadar ingin titipkan sedikit pesanan atau langkah berjaga-jaga mungkin…..hidup kat dunia ni, kita tak kenal siapa musuh kt kan? kita tak tahu siapa yg berdengki dan busuk hati terhadap kt kan?….kadang kt tak buat ape2 pun, orang tetap masih boleh berperasaan dengki terhadap kt kan?…..hati manusia siapa yg mampu tafsir dgn detail kan?….

hemmm….kalau ada hari2 istimewa yg bakal menjelang maka persiapkanlah diri ‘luar’ dan ‘dalam’ yaa….bergembira berseronok tapi jangan lupa panjatkan doa pada yg Maha Esa juga yaa dan ‘tebal’kan ‘dinding’ kamu (sepatutnya hari2 dan bukan saja utk hari tertentu kan..)…kita tak mampu ‘lihat’ apa yg bakal berlaku….jadinya sama2 kita men’jaga’ diri yaa…kamu kamu nak dengar ker cerita yg ada dalam simpanan saya?? (hemmm sy pun tak pasti sy harus kongsikan di sini atau tidak…emmm…)

sy tak kisah ada yg percaya atau tidak… terpulang masing2… (bak kata orang, bila terpijak paku, kaki berdarah, baru rasa sakitnya kan..)… tak pelik ker kalau sebatang buluh berdaun yg tak tahu mana usulnya tiba2 terpacak di tanah dan kekuatan tenaga seorang lelaki pun tak mampu mencabutnya sedangkan bila ditarik dgn hujg jari oleh ‘orang berisi’, jelas ia tidak berakar…jadi apakah?? ohhhh sy tahu cerita selanjutnya tapi biar sampai sini saja sy kongsikan….cukup la tu…. (teringat kata2 ustaz dulu, semakin banyak amalan kt semakin kuat ujian yg bakal datang pd kt…..yer la kan, takkan plak kalau dah form 5 diberi ujian exam UPSR tahap 6 kan??…ohhh di sini bukan saya yg dimaksudkan yaa…jgn salah faham plak…..sy banyak kurang lagi sana sini….baru diuji FRUST jer pun dah goyah, entah ape2 jer…padahal setakat frust tu normal jer dlm hidup….ohhh yaaaa sy menulis bukan utk mendabik dada atau menagih simpati yaaa….tolong sikit…. 😛 sy menulis apa yg di permukaan jer kan, takde la sampai masuk dalam kain kan?…..(seingat sy la…)

…..

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan

Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu…

Advertisements