Tags

, , ,

salam…hai…..lama sungguh aku tak update blog ni..kadang2 cerita terlalu banyak sampai tak tahu nak karang ayat..kadang2 cerita agak ‘kosong’ sampai aku termenung lama mengadap screen tp tak tahu nak mula taip dari huruf apa….hemmm…. (terasa asing plak dgn blog ni…huhhh…dulu aku bebas coret apa saje perasaan aku…apa yg aku rasa…cerita2 aku sehari-hari selalu jer aku x sabar nak ceritakan kat sini…bila hati berbunga-bunga girang cepat2 aku akan update x sabar2 nak story pnjg berjela kat blog ni kan…hemmmm…. yaaa manusia berubah selari dgn pergerakan jarum saat..)

…..

jam 6.20p.m 21.02.2010 ini…aku tgh dengar lagu ‘Terakhir-Mahkota Band-ost Na O Mei’

Untuk terakhir kali
Ku ingin bertemu
Memelukmu..
Menjagamu..
Meski aku tak akan pernah
Bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan.. Kerna hati ini tak mungkin bersatu
Menjalani..cinta ini..

Meski aku..
Takkan pernah..
Bisa lagi melihat mu
Cinta ini..
Takkan hilang..
Sampai mati kan ku simpan..

……..

aku x minta sesiapa utk faham…aku tak minta sesiapa utk menyebelahi aku…aku tak minta kebenaran sesiapa utk rasa apa yg aku rasa sekarang…aku tak minta sesiapa utk menafikan hak aku or hak sesiapa pun…aku tak larang sesiapa utk nasihat aku tp aku tak beri jaminan aku akan terima tiap nasihat itu…aku tak minta sesiapa utk puji aku dan begitu juga aku harap tidak ada kedengaran kejian/makian…

dah berpuluh drama aku tonton..dah pelbagai versi cerita aku dengar..dah banyak aku buat ulasan tentang drama2 yg sentap dan mengambil kira tiap dialog dan plot cerita…hemmm… aku juga punya cerita aku sendiri, drama terbitan,arahan, skrip yg kesemuanya hasil garapan aku sendiri..malah pelakon utamanya juga adalah aku…dan aku juga yg buat tapisan utk pemegang watak hero utama dan pelakon2 tambahannya….yaa remote berada di tangan aku…aku yg memilih chanel mane utk ditonton..ahhh semua org punya imaginasi yg ingin diterjemahkan kedalam bentuk realiti… ahhhh sementelah kamu yg berimaginasi jadi terserah pd kemampuan kamu mencorakkan filem gambar realitinya….sama ada kamu mengarahkannya mengikut gerak hati atau fikiran logik….terserah pd kreativiti kamu….

jika aku ingin gembira maka seharusnya aku tidak teragak-agak memilih lorong yg aku pasti sangat menggembirakan hati aku..tidak kiralah apepun yg bakal aku pijak,yg bakal aku sepak, yg bakal aku cantas, yg bakal aku tumbangkan, yg bakal aku sabit sepanjang melalui lorong itu… tapii… adakah tangan aku tidak bercalar langsung? kaki aku tidak berdarah lgsung? muka aku tidak bengkak lgsung?…..dan adakah bila aku toleh kebelakang menyaksikan bekas laluan yg aku jalan itu, hati aku mampu gembira?? adakah aku akan mampu membuka mata menoleh kebelakang dgn tanpa rasa apa2? adakah aku mampu bekukan segala titik derita dan kecewa yg menjalar dlm tiap hati manusia?agar manusia lebih tegar, tidak lgsung punya dinding yg menyorokkan rasa sedih dan kecewa…ahhhh jauh sgt aku meneroka skrip jiwa…huhhhh…..

….

cinta bukan blh ditambah tolak didarab bahagi…sakitnya kamu yg rasa..dan kalau happy pun kamu juga yg rasa…ahhh perlu ke aku nak ulas soal cinta…huhhhh…. ada yg kejar dan terus kejar dan berjaya… ada yg tunggu dan tunggu dan tuptup datang bergolek depan mata..tetap jgk berjaya… jd rasenyer hanya kamu yg berhak menterjemahkan deskripsi cinta itu… tak semestinya kamu betul dan mgkin juga tidak salah….ahhh kalau ada yg memberikan jawapan tepat sekalipun, ada ke telinga kamu nak dengar?? pastinya kamu tetap akan mengubahsuai formulasinya mengikut keselesaan kamu…hemmm….

ohhh maaf….petang ni terasa sedikit bercelaru hati..dlm taman hati dah tumbuh mekar bunga2 ros putih dan lily putih..ohhh tapi sy x mampu tembusi pintu yg punya swipe card itu…jadinya sy hanya melihat dari dinding kaca lutsinar itu….ohhh yaaa…tak apa2…sy ok saja…ahhh lupakan soal ros putih atau dinding kaca itu…tak apa…kini sy membayangkan sedang melalui lorong akuarium seperti di aquaria cuma bezanya sy masih blm jmpe pintu keluarnya lg jadinya sy terus melalui lorong demi lorong dan menikmati tiap pemandangan kiri kanan atas semua…..

opppssssss stop….haiyoooo ape jgk aku merepek panjang2 ni…hahahaha….k have a nice day semua!!

Advertisements